"Setiap airmata yang mengalir mampu menghilangkan rasa tertekan"

Hutan Lipur Kanching ( Air Terjun La Wei! )

Gambar dipetik dari google
Air terjun kanching

      Assalamualaikum dan selamat pagi!
      Wah, pagi-pagi lagi dah update entry, cadangnya nak update entry malam tadi, tapi badan terlampau penat dan penat sesangat. Balik-balik je terus mandi then baring, tak sampai beberapa saat. Aku rasa dah pagi? HAHA... 

       Korang pernah tak dengar Hutan Lipur Kanching? Semenjak dua menjak ni tempat tu semakin famous semenjak air dia jernih. Semalam aku baru je pergi, hehe.. ni la yang aku nak cerita ni, dalam banyak-banyak  tempat, aku rasa, sini la yang paling best , sebab apa? sebab dekat dengan rumah aku. hehehe..

       FYI, waterfall ni ada tujuh tingkat dan yg paling best atas sekali sebab ada jambatan yang melintasi air terjun. Try la google image tengok.. (^_^). Semalam, kiteorang perfi tepat-tepat 10 orang, ramai la jugak kan, 5 orang lelaki dan 5 orang perempuan, semua yang follow tu happening-happening gila!

        Macam-macam agenda yang dapat dilihat semalam, semua happening, makanan! hmm.. dua ekor ayam tuh, campur dengan mee goreng 10 bungkus, dan air berbotol-botol, mesti korang nak cakap : (diorang ni melantak ke apa?) Hehehe, yeap, mmg kiteorang melantak, membesarkan badan. Hihi

         Lagi satu nak cakap, yuran masuk dia RM1 satu kepala dan RM2 untuk parking(kereta) motor tak tahu la pulak kan, rasa nya free kot. Actually aku tak tahu dah nak cerita apa dah, nak tunjuk gambar pun, gambar takde, henset pun semua sayang, takut celup dalam air le tuh. BTW, sila la jatuh kan komen2 anda tu, Nanti kalau ada tempat lain lagi yang aku menjelajah aku update lagi ya! Satu Malaysia dah aku pusing! (^_^) insyallah hujung tahun ni atau awal tahun depan aku akan bergerak ke krabi island, aku nak buat budget spend, modal tak banyak dalam 1k termasuk passport dan Souvenior, nak ikut? Joomla! 

Read more...

yes aku pergi putajaya? So What!

Assalamualaikum dan selamat malam
Photo Credit to Shiela Azwir

        Sepuluh kali aku baca title tu, aku rasa macam title tu gedik pun ada, macam tengah marah pun ada. Ah, biarlah, yang penting title tu ada kene mengena dengan entry kali ini, bukan macam sebelum ni, title tak ada kena mengena langsung. Kali ni aku nak cerita pengalaman aku hari sabtu malam. Actually(cewah..), aku dan member2 aku hantar la member aku ni kat area2 sogo sebab dia nak pulang, katanya demam lah kan, aleh2 dalam facebook keluar gambar dia sambut hari ibu.. -_-" .
        Entah macam mana, secara tiba-tiba! Jalan jammed! yelah, raya nak dekat kan.. (^_^)v so secara tidak plannning pun kiteorang tergerak hati nak pergi putrajaya, kite orang tak pernah pergi putrajaya (k fine, kite orang kuno). Nak pergi putrajaya dari KL ni bukan kiteorang tahu sangat pun, so terpaksa lah call member aku yang lagi sorang tu untuk guide jalan.

         Kiteorang menjejakkan tayar kereta kat putrajaya pada pukul 9mlm, sampai kat putrajaya, kiteorang tak tahu nak pergi mana? pelik kan? (^_^) lastly kiteorang berhenti kat area masjid untuk makan malam, kalau tak silap restaurant tu nama dia Restoran Inai kot. Maybe? (-_-)v


Nampak tak Nur diwajah?
Credit to : Shiela Azwir

          Lepas je makan malam kite orang pergi ke dataran apa aku pun tak pasti, yang aku pasti kat situ orang main RC, (^_^) and banyak couple2 yang sweet2(kononnye la) kanak2 riang.. (^_^) dekat tasik dataran tu ada cruise, tapi sayang, kiteorang sampai malam, so dah tutup.. -_-"v Tapi ade jugak la nampak orang kahwin kat atas cruise tu kan.. wah, macam titanic dah aku tengok, yang itu betul2 sweet.. :)

         Tengah syok lepak2 tengok jam, pukul 11mlm.. -_-"v. Member pulak call ajak lepak USJ, dia baru bukak restoran, demi kawan, nak support punya pasal, gerak jer.. Lagipun lama tak jumpa dia kan?(lama tak lama a baru sebulan, ahakz) (^_^) Member baru bukak restoran kat area situ, share ngan abang dia, best la jugak. umur 19tahun dah ada bisnes, ITU YANG AKU JELES!

- END -
(^_^)v

Read more...

Minuman sedap. (Title takde kene mengena dengan entry)

Assalamualaikum dan selamat hampir tengah malam

        Errr.. nak tulis apa eh? nampak sangat la aku kekeringan idea untuk mengupdate blog sebab tiada apa yang berlaku dalam hidup aku kini menarik untuk diceritakan. 

Lagu background : 3 Doors Down - Here Without You (Boyce Avenue acoustic cover)

Pernah dengar tak ? kalau tak pernah, cari kat youtube .. (^_^)

        ok! (sambil tangan kiri menepuk tangan kanan), update terkini ini dipaksa oleh seorang kawan baik aku dari zaman sekolah lagi untuk update. teare azlan, dia ni comel, tak percaya? cari Facebook dia, Teare Azlan. (^_^). Katanya entri aku sempoi-sempoi semua, aku rasa itu bodek yang paling Fail sekali, kalau la entri aku sempoi-sempoi mesti blog aku dah famous, kan kan kan?

        Minggu ni aku dah start kelas, dah habis cuti sem. Agak serabut sedikit kepala aku ni bila jadual ada clash dengan subjek lain dan apabila nak tukar waktu lecturer tak nak. Macam mana aku nak buat? Lecturer sendiri cakap 'drop je la subjek ni' , wah, kalau aku drop aku nak ambil bila pulak? Kan Kan Kan? FYI, sem ni aku ambil subjek Mandarin 1. Boleh tahan jugak berbelit lidah aku menyebut patah-patah perkataan yang aku belajar. Tengok macam senang je nak belajar, tapi hakikatnya? (^_^)

        Aku baru je seminggu masuk sem, aku dah tengok banyak perubahan sem ini, kalau dulu nya perempuan tu bertudung, tapi masuk sem 3 ni, dah tak bertudung. Dulu kawan ngan orang-orang biasa, Now nak berkawan dengan oang-orang tertentu, wah, perubahan yang begitu ketara bagi aku seriously. Kenapa mereka-mereka ni perlu berubah eh? aku agak musykil disini. Ada yang pulak tu tibe-tibe couple dengan pengkid, mungkin mereka-mereka ini mengikut trend masa kini kot. yelah, kan ramai retis yang couple dengan kaum sejenis sekarang ni, siap lukis tatoo lagi kan? (^_^) 

Ops lagu dah habis, jap tukar lagu jap..

Now playing : The Calling - Wherever You Will Go (Boyce Avenue acoustic cover)

Biasala kan, main lagu kat youtube, kena lah tukar lagu secara manual. (^_^)

         Korang perasan tak? Semenjak dua menjak ni, asyik isu politik je kan? korang tak bosan ke? aku dah mula muak dah. Orang kata pilihanraya dah dekat, Kenapa mereka nak sibuk-sibuk sedangkan umur mereka belum cukup untuk mengundi? Pelik! (^_^) 

         Aku dah tak tahu nak cerita apa. Lama jugak aku fikir, tapi tiada benda untuk diceritakan. Okaylah, aku berhenti disini, lain kali aku sambung lagi, mungkin esok atau lusa. (^_^) Jangan risau, biarpun aku tak update blog, akan tetapi aku sentiasa blogwalking. kan kan kan? Tak percaya tengok la Shout aku? (^_^)
Sekian

Read more...

SEGMEN | JOM BUAT SEGMEN by si skru


Assalamualaikum dan Salam sejahtera. :)

      Yes! Ini adalah segmen pertama untuk bulan mei. bulan mei bulan lima lah kan? Sekarang ni bulan lima dah kan? Wow! ! (^.^). Eh, nak cerita sikit ni yang aku dah tengok cerita chowkit, cerita tu tak elok dibawah 18tahun. Uncencored ok! Sebelum melencong jauh, segmen ini ditaja oleh..???? Jeng3x...


dibawah ini pula syarat-syarat penyertaan. (^.^)

terms and condition :
1.Buat entry berjudul SEGMEN | JOM BUAT SEGMEN by si skru = Setle (^_^)
2. Salin (copy) syarat-syarat yang skru da sediakan. = Setle (^_^)
3. Like page skru. = Setle (^_^)
4. Follow blog skru *xwajib pun( tapi skru akan follow kembali ) Setle (^_^)
5. Berikan cadangan segmen/contest yang ampa nk skru buat.
Cadangannya :
Cik tira buat satu segmen yang bertajuk cita - cita masa kecil hingga kini,
lepas tu kena buat karangan mengenai cita - cita itu. (^.^).
cth cita - cita : Juruterbang
Tajuk karangan ringkas : Aku Seorang Juruterbang
Setle (^_^)
6. Nyatakan cara-cara contest itu.
Cara - cara contest tu, 
Buat satu entry, lekatkan header, Macam biasa2? (^.^)
Setle (^_^)
7. Tag 2 kawan n pastikan depa tawu.
Hehehehe.. :)
Saya tag :
Setle (^_^)

Terima kasih daun keladi,
Daun keladi dari pohon keladi,
Hari - hari makan keladi,
Nanti kita jumpa lagi, 


Read more...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...