"Setiap airmata yang mengalir mampu menghilangkan rasa tertekan"

Bila Adik Simpan Dendam Kat Abang

: Assalamualaikum dan selamat tengah malam :

        First aku nak minta maaf sangat-sangat kat semua kawan-kawan aku jarang blogwalking semenjak dua menjak ni, bukan apa, broadband line celcom tak laku kat kawasan rumah aku ni, kena pakai maxis. Hmm.. Aku hanya mampu blogwalking kat yang datang blog aku je, yang pengunjung-pengunjung tetap. terima kasih pada mereka. (^_^) . 

         Kembali pada tajuk, gempak tak tajuk tu? mcm aku tengah gaduh dengan adikberadik aku, haha, sebenarnya tak pun. Aku jarang bergaduh dengan adik beradik, kalau dalam 3bulan tu ada la sekali, tu pun tak lain dan tak bukan mesti pasal berebut barang. (aku ni nampak je dah besar, tapi tak boleh mengalah dengan adik-adik, aku kan abang!).

          Cerita nya, aku balik malam tadi, dalam pukul 11.30PM 19hb April 2012. Masuk je rumah adik-adik aku semua dah tidur, bagus-bagus, esok kan sekolah. (^_^). Aku dah kunci pintu rumah semua, aku pun nak masuk dalam bilik, FUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUU!!!!!!!!!!!! . Aku jerit satu rumah. tak kuat pun aku jerit, sebab adik-adik aku tak terjaga pun! Agak-agak korang kenapa aku jerit?

          Agak-agak la pun nak letak depan pintu Tikus, letak la arnab ke, kucing ke, ni letak tikus. Alahai, nak balas dendam pun agak-agak la. Entah mane-mane tah dia dapat tikus tu, aku dah la geli bab - bab tikus dengan lipas ni. Tikus tu sebenar nye , tikus mainan dorang ni, tapi nampak real. Seriously! Dorang beli depan sekolah kot~ And now, aku letak depan bilik parent aku.. HEHEHE..

         Ayah aku balik, First reaction, "Allah!" . alahai tak gempar langsung...
         Ibu aku pulak nak masuk bilik, "allah subahanallah! " EEE.. SIap meloncat-loncat lagi. HAHA.. Sambil-sambil aku menghadap PC ni sambil tersengih-sengih aku sedar-sedar ibu baling tikus tu kat aku.! HAHA, aku dah ta terkejut dah.. (^_^)

Read more...

nescafe campur garam sedap~


assalamualaikum dan selamat pagi

      Pelik kan tajuk? pelik tak pelik tak? HAHA. ini adalah resepi larangan, takde maknanya nescafe kalau campur garam jadi sedap. huh~  Sebenarnya ada cerita disebalik tajuk ni. Nak tau tak apa cerita nya? Nak tau tak? 

      cerita ni pendek je sebenarnya, tapi sengaja dipanjangkan. Alkisahnya tadi, aku nak buat air, air nescafe lah. tu, yang kat atas tu. haha. sambil-sambil online ni aku terasa macam nak minum air nescafe, aku pun pergi dapur dan masak air, lepas je masak air, aku bancuh nescafe 3in1 ni. tawar, Ni kes kena tambah gula ni. 

    Orang baru sampai rumah ni, aku terus cedok serbuk garam yang di sangkakan gula. HAHA. gula dengan garam pun dah tak reti beza nih. Sampai part aku nak rasa jer, burrrrrrrrrr! masin campur nescafe! HAHA. Apa lagi, sampai la aku punya sifat menyakat yang tinggi.

    Aku pun letak air tuh dekat sebelah pc sambil menunggu mangsa. Adik aku pun sampai, ( YeaH! ) . Macam biasa, air mesti kena Pau. Dia pun terus tak cakap apa sampai-sampai terus teguk, dia ni best. Minum terus muntah. HAHA. Habis bersepah lantai dengan air, Dengan penuh nada romantik , aku pun tanya, "sedap tak air tu?" HAHA! dia tak jawab ape-ape sambil mata merah.

    Jahat kan aku? kih3, seorang abang kalau tak menyakat adik-adik nya memang tak sah.

Read more...

Cuti oh cuti~

Assalamualaikum dan selamat tengah malam.

      Hehehe, maaf la ye kalau semenjak dua menjak ni entry lebih kepada cuti, orang yang tengah bercuti memang macam ni. Huargh, Hari ni adalah hari yang ketiga aku cuti. Belum masuk seminggu pun, jumlah cuti aku 3 minggu, seminggu pun belum lepas aku dah mula rasa kebosanan yang melampau. Yelah , aktiviti tak ada langsung ni. 

       Bangun je tidur , mandi, and then menghadap pc kejap. ( kejap tuh 2-3jam jugak lah ) sambil-sambil tuh cuci baju, sidai baju , kemas rumah, alahai, dah macam suri rumah tangga. HAHA, kadang-kadang aku luangkan masa dengan main game. Alah, game biasa je pun, NFS most wanted. Favourite dari dulu hingga sekarang, dah sampai Blacklist 5 je, tak cukup hebat nak bagi up.

       Disebab kan aku tiada aktiviti, nak update blog pun kurang idea, sebu jer.. (-_-). rasa-rasanya cukup 3 minggu aku cuti, nanti badan aku besar, sebab makan je kerja. Korang nak tau tak, hari ni satu hari aku tak makan nasi, (sedih kan?) Asyik makan burger je. HAHA. Burger stall je, bukan burger McD ok.. (-_-) Alhamdulilah rezeki. 

      Aku teringin jugak nak kerja cuti sem ni, tapi seems macam takda orang nak ambil aku jadi pekerja, semua nak minimun sebulan, dah tu aku cuti tiga minggu je.. (-_-) yang ni paling sedih. Apa nak buat cuti-cuti ni.. Alahai.. tolong2..

Read more...

Cuti Sem Dah Mula dah ;)


Akhirnya! Tamat sudah Final Exam aku. :)
Seronok gila! Haha, untuk menamatkan sem 2 ni , kawan-kawan aku berkaraoke di Ampang Park tingkat atas sekali. (^,^)
Aku tak tahu la apa nama tempat tu, aku tau datang je. :)
Actualy aku first time datang kat karaoke tu., hehe..
Datang je kat Ampang Park tuh, kitorang parking kereta kat tingkat bawah tanah, hehe..
Kereta kat bawah tanah tu semua Grand-grand jer..
Pergh, Jealous tgk, nak parking kancil pun rasa segan jer.. (^,^)

3Jam jugak la berkaraoke kat situ,
PUAS.. (^,^)
Terima kasih kepada Abg kepada Shiela yang sudi Sponsor karaoke untuk kami..
satu pengalaman baru untuk kami sekawan..

Read more...

Segmen Seronoknya blogwalking tamat!


Sekarang pukul berapa eh? berapa HB? Hihik.. 
Pukul 11PM la, 15HB ! Alahai, dah tamat dah segmen ni! 
Maaf yer kepada yang lewat, nanti aboy buat lagi segmen yang lagi best!
(^,^)
Jom Blogwalking?!

Kita support sikit blogger-blogger lain ni.. 

Hehe.. 


Terima Kasih Tau kepada yang sudi menyokong blog Simple ni! :D

Assalamualaikum!

Terbaik!

Iklan sikit
Jom join BCR?
 >>>> http://bcroom.net <<<<

Read more...

Segmen : Bestnya Blogwalking!

Sticky post

Assalamualaikum dan selamat pagi

Introduction

Untuk pengetahuan semua, ini adalah kali pertama blog ini membuat segmen. :)
Segala cacat cela di dalam segmen ini harap dapat diberikan tunjuk ajar. :)
Sokongan anda amat diperlukan dan jutaan terima kasih kepada yang sudi sokong. :)

Ok, tujuan segmen ini diadakan adalah untuk meluaskan lagi radius blogwalking anda semua agar anda semua boleh mengeratkan lagi persahabatan antara rakan-rakan blogger yang lain. :)


Cara nak join segmen ini

  1. Buat satu entry yang bertajuk "Segmen : Bestnya Blogwalking!"
  2. Letakkan banner hijau tu di entry anda dan link kan terus ke entry ini . :)
  3. Sila jawab soalan cepumas ini didalam entry anda, "Apa pengalaman yang paling best ketika berblogwalking?"
  4. Letakkan link entry anda itu Di ruang komen dibawah.

Syarat tak wajib
  1. Follow blog ini, tak wajib pun, sunat je, hehehe.
  2. tag kepada kawan-kawan anda, yang ni pun tak wajib. :)
Conclusion(dah macam karangan BI dah ni)

Senarai-senarai peserta ini akan diletakkan di dalam satu page beserta dengan link blog mereka.
10 Blog terpilih akan menjadi penghuni bloglist utama blog ini. :)

Mudah bukan?
So, apa tunggu lagi? Jom kita join segmen yang julungkalinya diadakan di blog ini! :)

Tarikh tutup : 15 April 2012 (11PM)

Read more...

Segmen Blogwalking & Review By AzRiey


Segmen Blogwalking dan review ni ditaja oleh blog Orang Hijau
Hihik, Comel kan orang hijau?
Ok, lau nak join sekaki, klik la dekat banner atas tu.. :)
Sesiapa yang join azri ni akan review blog korang, amacam? :)

Tu je entry untuk kali ini.. Pendek kan. Mudah dan efisyen.. hehehe.. 

Entry Sebelum Ini :
  1. Happy Birthday Sir! 
  2. Jadilah Bapa dan anak yang baik!



Read more...

Selamat Hari Jadi Sir!

 Assalamualaikum dan selamat pagi,
Semalam adalah belated birthday untuk lecturer Kesayangan aku ni. :)
Untuk pengetahuan korang, lecturer ni adalah lecturer yang paling sempoi habis.
Hidup dia memang tersenyum sahaja memanjang.
Aku rasa dia ni student, so dia faham macam mana perasaan student.
Semalam ada kelas ganti dia nih,
aku rasa dia ni saja je buat kelas ganti dekat dgn birthday diaa.. :)
Hahaha..
Terkejut jugak habis je kelas, dorang tutup lampu, bengang je sir ni,
Rupa-rupanya ada Kek sampai,
Semua nyanyi lagu, Happy Birthday tuh..
Ini lah first reaction Sir, Buat-Buat tidak terkejut. :)

saya sebenarnya tak berapa makan kek, korang makan lah.

Sesi tangkap gambar, Hahah.. pomwan ta sempat nak join.
Agak-agak aku yang mana? huhu

Yang ni pomwan jer! :)  nak jugak photoshoot..

Ni rakan-rakan seperjuangan bersama group Multimedia

yang ni Sir dengan artis tersohor.. :)

Ni geng Diploma In Mobile Technology, yang lagi 3 orang tu malu2 kucing..


Read more...

Jadilah Bapa Dan Anak yang baik!




-------->  Hayati lah <--------


Mesti ramai yang dah tengok kan?? 

Saiful Ikhsan
10/April/2012

Read more...

Apa? Upin Ipin Bersubahat Dengan Israel dan USA?

Assalamualaikum dan selamat pagi,

Gambar diatas di ambil dari Facebook.
Katanya Fambar ni direka dari blog seberang yang Cuba memburukkan icon animasi Malaysia mengaitkan animasi ini sebagai satu dakyah malaysia yang bersubahat dengan USA dan israel.

Aku tak tahu lah sama ada ini cerita baru atau lama, yang pasti, Aku baru tahu.
Apa ni? 
Ini pun nak jadi isu? Salah ke nak letak huruf U dan I. Memang tak cukup topik dah mereka ni. 
Yang aku pelik pasal Ayam tu, Yang tu pun lawak jugak tu,

Apa kene mengena ayam tu dengan Bintang tuh?
Haha..
Aku musykil. 
Lagi satu, kalau benda ni betul pun, tak payah nak heboh dari negara seberang.
Malaysia dah keluarkan dulu dah Isu ni.

Aku rasa benda ini sengaja dilakukan untuk menjatuhkan imej Malaysia,
Mungkin mereka cemburu dengan Animasi Upin & Ipin ni yang digilai ramai...

saiful ikhsan
10/april/2012
7.00AM

Read more...

SEGMEN : SAYA MAHU DOODLE DARI AZLAN

Assalamualaikum dan selamat pagi.

Segmen lagi? Yeah, hihi.. Minggu ni aku penuh dengan segmen.
Maaf.. :)
Idea masih berbuntu-buntu untuk menaip entry baru,
jadi untuk mengelak sawang aku taip lah Segmen. 

Kali ini Segmen ditaja oleh : Azlan The Type Writer

Di dalam Segmen yang berprestij ini beliau akan memberikan doodle untuk yang join.

So? macam mana?

best tak?

jom join?? (^,^)

Warna kesukaan : Hijau Cair


Read more...

Bersyukurlah dengan apa yang Kau ada

Assalamualaikum dan selamat tengah hari

----> First sekali entry ni tiada kene mengena dengan hidup mahupun mati? XD

----> Aku bukan lah bagus mana pun nak buat entry macam ni kan? tapi ni la apa yang aku nak tulis. Dan ini juga mungkin luahan hati. XD

----> Kepada yang diluar sana tu, korang bersyukur lah dengan apa yang korang nikmati pada hari ini. Seperti yang aku cakap kan, hidup ini ibarat roda. Tak semua benda yang korang ada pada hari ini tu akan ada pada masa depan. Kalau dah dikatakan benda tu nak hilang, dia akan hilang sekelip mata je.


----> Ok fine, kalau korang ada sesuatu tu, cuba la belajar bersyukur dengan apa yang korang dah ada, korang kene ingat bukan semua mampu untuk ada apa yang korang ada. Bila kau dah mampu untuk ada sesuatu tu, jangan la nak menunjuk-nunjuk.

-------------------> MASUK PART LUAHAN HATI <----------------------------

----> Jangan lah jadi seperti kawan aku ni, dia ni aku tak tahu la mental apa dia ni, suka sangat menunjuk-nunjuk dengan suatu benda. Kau kena ingat , yang kau menunjuk-nunjuk tu hasil bantuan dari aku jugak, tapi sikit pun nama aku kau tak sebut. Bro, orang lain tengok kau berbulu je, dengan aku sekali rasa macam nak tumbuk je muka kau. Yang kawan-kawan lain sibuk tanya aku kenapa aku tolong kau? Ya Allah, aku bukan nya manusia kejam weh, dah dia merayu-rayu minta tolong aku, aku bagi je lah.

----> Orang lain pun ada HandPhone canggih macam kau jugak, tapi tak ada pun nak menunjuk-nunjuk. Kalau satu hari Allah S.W.T. nak tarik balik rezeki kau tu, dia tarik sekelip mata je. Aku ada Benda lagi mahal dari kau, tapi tak ramai orang yang tahu, sebab apa? Sebab aku tak menunjuk macam kau.

----> Apa? Duit belanja RM200 seminggu tak cukup bagi kau? HAHA, apa ketahian ini? Ke kau nak menunjuk lagi yang kau belanja RM200 seminggu, HAHA, Bro, sampai part ni aku yang nak menaip ni pun geleng kepala.

----> aku doakan kau berubah, mendapat hidayah dan petunjuk sebelum hidup kau terumbang ambing, kau just ingat yang tak selama-lamanya kau senang.

saiful ikhsan
8/April/2012
1.17PM


Read more...

Encik mimpi, Encik Mimpi, Siapakah dia?

Assalamualaikum dan selamat malam

----> Siapakah sebenarnya encik mimpi ini? Sampai sekarang ia masih menjadi misteri, Hehehe, Actualy aku mengaku yang aku suka dengar lagu dia, sejuk je dengar lagu dia. Membuai-buai, huk3.

----> Intro dah habis, aku bukan nak cerita yang aku peminat tegar encik mimpi ni sebenarnya, tapi aku nak share satu lagu ni yang encik mimpi buat.





Encik mimpi -> Aku bukan bagus sangat. Belum cukup lagi ilmu aku nak ajar korang semua. Cuma ini sebagai ingatan kepada aku sendiri dan aku fikir mungkin boleh kongsi sekali dengan korang. Kita mungkin baca surah Al-Fatihah setiap hari, tapi mungkin kita akan dapat hayati solat kita tu dengan lebih baik jika kita tau maksud surah itu sendiri. Aku tak pandai sangat hal-hal agama ini, tapi aku still tau lagi mana yang buruk dan mana yang baik untuk kita berkongsi bersama.

P/S: Lirik diolah mengikut kesesuaian melodi namun mengekalkan maksud asal surah tersebut. Bagi mengelakkan kekeliruan, sila rujuk http://olistica-life.blogspot.com/2011/02/terjemahan-maksud-al-fatihah.html

----> lagu ni aku dengar masa tengah sibuk layan playlist encik mimpi ni kat youtube. Dengar je lagu ni, sejuk hati. Semua pengkomen-pengkomen, semua nak tahu bagaimanakan wajah sebenar encik mimpi.

----> Kalau semua nak tahu wajah encik mimpi
--------> KLIK SINI <-----------

Kepada sesiapa yang dah tahu tu..
Jangan lah sebar-sebarkan, biarlah ia menjadi misteri.

Ape-ape pun, lagu favourite aku..

Saiful Ikhsan
7hb/4/2012
8.00pm


Read more...

Hujan turun dengan lebat di highway

Assalamualaikum dan selamat pagi

---> Rasanya musim hujan sudah datang kembali?
---> Rasa-rasanya lah,

----> Ok sini aku bukan nak cerita mengenai musim hujan sebenarnya, :)
semalam drive balik ke kampus, masa tu petang dalam pukul 6 something. Masa dalam perjalanan aku singgah jap untuk isi minyak, lepas je aku isi minyak, hujan turun dengan lebat.

----> Entah kenapa, aku takut sangat dengan hujan tu, Nasib baik ada member aku kat sebelah buat teman sembang, perjalanan masa tu memang agak merbahaya, dengan keadaan hujan yang sangat lebat hinggakan pandangan pun jadi 50-50, namun dengan bersahaja lori besar potong aku, walhal meter kelajuan aku dah 100km/j dah ni. meter aku rosak ker?



----> Memang merbahaya, dalam hujan lebat macam tu, kereta brake mengejut? kalau satu tak pe, ini banyak, kenapa? memang driver2 tu suka nak main slide2 kat ats jalan highway ke?
Tak boleh jadi ni, aku pun perlahan kan lagi kenderaan aku, 80km/j.
Kenapa ramai yang pasang double signal masa hujan?
Bukan ke double signal ni mengelirukan orang?
Itu aku belajar masa aku ambil lesen dulu la. :)
Tak tahu la kalau orang yang bagi ceramah silap?

----> Sekali lagi emergency brake!
Ya Allah, nak gugur jantung aku. Dah lah hujan! Lebat pulak tuh!
Nak elak kiri, lori, nak elak kanan kereta?
Nasib baik ngam-ngam, membe kat sebelah dah kerut dahi, pening tengok keadaan jalan raya yang sudah mula bergerak perlahan.
Macam biasa, kalau dah jalan jem. Kemalangan lah, kali ini kemalangan melibatkan kereta Estima.
Tak tahu lah macam mana boleh eksiden, yang aku nampak, depan dah remuh menghentam divider kiri.

----> Keluar persimpangan bukit tagar dan bayar tol, OK, kali ni lagi best,
"aku jalan atas jalan ke atas kolam?"
Ape ni? Jalan sikit air, jalan sikit air.
Tapi bagus jugak. cuci kereta percuma.

Kesimpulan nya disini, berhati-hati lah dijalan raya, jangan brake mengejut. :)
Aku ni, semenjak dua menjak ni, asyik nampak orang eksiden je.
tak tahu la apa petanda.

saiful ikhsan
7/april/2012
7.05AM


Read more...

Segmen: Siapa Nak Tambah Follower

Assalamualaikum dan selamat petang

Eh, aku join segmen lagi?? Hehehe..
Dah tu, title nya siapa nak tambah follower? Dengan ini secara jujurnya saya nak tambah follower.. (^,^)

Introduction to this segmen

Segmen ni ditaja khas sepenuhnya oleh kinahnazari .
Tarikh tutup Segmen ini 10 April 2012 12 tengah malam.


Cara nak join segmen ini

Pergi kat link ni --> SINI
ATAU klik kat banner di atas.
Lepas itu Buat satu entry yang bertajuk "Segmen: Siapa Nak Tambah Follower"
Last sekali, letak kan link entry anda tu di comment box link yang telah diberikan di atas.
Itu sahaja.. (^,^)

Masa untuk aku berkata-kata (^,^)

Wah, selalu jugak aku join Segmen ni, Hehe.
Agak-agak kalau aku yang buat segmen, ada tak orang join?

saiful ikhsan
8/april/2012
6.54PM


Read more...

Segmen : Bloglist Blog Rilek-Rilek April 2012

Assalamualaikum dan selamat hampir petang.

Wah, galak sungguh aku hari ini, :) join dua segmen dalam satu hari. Yelah, selagi ada waktu betul-betul terluang ni lah kita sumbatkan nya dengan aktiviti yang berfaedah.

Okey, Segmen kali ini ditaja khas oleh http://rilekrilek.blogspot.com ! Haha.. memandangkan owner blog ni izin kan aku tag orang, so, aku rasa nak tag orang, sebab aku dah lame tak tag org ni. hehe.. minta maaf ye kepada yang kene tag.

  1. Ungu itu purple
  2. Gemok itu menarik
  3. Cerita Sekupang
  4. Spanar buruk
  5. Bila Budak Sentuh blog
  6. Ini belog Gula-gula manis
Link

Ni ha iklan dye yg betul-betul menarik minat aku untuk join. :)


Klik untuk join!

Read more...

Prosedur "Hadiah Anak Masuk Universiti"


Assalamualaikum dan Selamat tengahari semua,

Pertama sekali entry ini adalah untuk rakyat Selangor sahaja, Hari ini aku nak kongsikan prosedur-prosedur yang perlu untuk mendapatkan Hadiah Anak Masuk Universiti Ini. Yelah, semua dah ambil keputusan SPM kan? :)
Hadiah Anak Masuk Universiti ini boleh dimohon setelah korang semua sudah masuk kedalam universiti itu. Munkin ada universiti yang telah menerangkan mengenai ini, tapi masa zaman aku masuk dulu pun aku tahu benda ni sendiri.
Wang tunai akan dimasukan ke dalam akaun korang, RM1000 sebagai hadiah korang masuk Universiti, tidak kira swasta mahupun kerajaan. Asalkan pendapatan family korang dibawah RM1500

ini adalah step by step cara nak dapat tu :

Step 1 :

Korang dapatkan borang tu kat sini ---> LINK
lepastu print.
Atau cara lain nya korang boleh dapatkan di
  • Bahagian Pengurusan Sumber Manusia, Tingkat 3, Bangunan SSAAS, 40000 Shah Alam, Selangor
  • Pejabat Pentadbiran Hal Ehwal Pelajar (HEP) / Pusat Pemajuan Pelajar di IPT masing-masing
  • Pejabat Daerah dan Pejabat Pihak Berkuasa Tempatan di seluruh Negeri Selangor.
korang download kat internet ke atau ambil, borangnya tetap sama.



Step 2 :

korang baca borang tu dan sediakan dokumen-dokumen yang perlu disediakan.
seperti :

1. Salinan SIJIL KELAHIRAN Pemohon
2. Salinan KAD PENGENALAN Pemohon
3. Salinan KAD PENGENALAN Ibu dan Bapa Pemohon
4. Salinan SURAT TAWARAN KEMASUKAN dari Institusi Pengajian Tinggi
Awam (IPTA)/ Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS)
5. Salinan PENYATA PENDAPATAN/ PENYATA KWSP/ SLIP GAJI Ibu
Bapa/ Penjaga Pemohon (jika masih bekerja); atau
6. SURAT PERAKUAN PENDAPATAN (jika bekerja sendiri/ tidak bekerja)/
KAD PESARA & PENYATA BAYARAN PENCEN (jika pesara Kerajaan)
7. Salinan MUKA DEPAN & MUKASURAT TRANSAKSI TERAKHIR BUKU
AKAUN BANK Pemohon (yang tertera No. Akaun dan transaksi terakhir)


Step 3 :
Lepas tu, korang pergi minta cop pengesahan daripada IPT korang macam Bahagian Hal Ehwal Pelajar/ Hal Ehwal Akademik/
Pusat Pemajuan Pelajar/ Bendahari Institusi/ Pendaftar
Dekan Fakulti/ Ketua Pusat/ Ketua Program
Masa aku buat tahun lepas, aku terus minta cop pengesahan dekat Dekan. :)


Step 4 :
Korang sahkan borang korang tu kat ADUN/ Penghulu/ Pengerusi JKKK/ Ketua Kampung, masa time aku tahun lepas, aku hantar kat penghulu terus. :)

Step 5 :
Korang hantar borang korang ni kat ADUN/ Penghulu/ Pengerusi JKKK/ Ketua Kampung, atau kalau nak lebih senang, hantar kat.

Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor
Bahagian Pengurusan Sumber Manusia
Cawangan Biasiswa & Pinjaman Pelajaran
Tingkat 3, Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah
40503 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan


Akhir kata, benda ni nampak je susah, tapi sebenarnya senang je.
Aku dapat duit ni tak lama mana pun, dalam 2minggu je.
dapat je duit tu berbaloi jugak lah, hehehe,,

DUIT BELANJA KOT RM1k
Minta Maaf Cakap, aku seorang yang Boros.
:D

info : http://mb.selangorku.com/page.php?page=Page2&category=98&post=196
http://www.selangor.gov.my/main.php

saiful ikhsan
12.33PM
5/april/2012

Read more...

SEGMEN NASZ : SPONTAN

Assalamualaikum dan selamat pagi,

ayat spontan aku : "lawak"

Entah kenapa aku rasa lucu sangat dengan segmen kali ini, mungkin mood aku pagi-pagi ni tengah ceria kot. Andai mungkin segmen dari abang nasir kali ini betul-betul lucu. Mana tak nya, segmen dia ni lah segmen yang paling simple aku pernah jumpa. :)
Secara SPONTAN nya aku pun join segmen ni, tak lama pun segmen ni, sampai pukul 11 malam ini.. :D

*Klik image untuk maklumat lanjut.

Sumber asal : http://mohdnaser.blogspot.com/

saiful ikhsan
9.38AM
5/april/2012

Read more...

Sampah mencermin peribadi bangsa

Assalamualaikum dan selamat tengahari kepada semua,

Bila sebut mengenai sampah, semua sudah lali dengan apa yang berlaku dan ingin diceritakan. Sama ada sungai yang dipenuhi sampah mahupun persekitaran yang dipenuhi sampah. Sampah, Sampah dan Sampah, bagi aku isu ini tidak akan habis selagi tidak ada tindakan keras yang dilakukan. Tindakan keras atau penguasaan undang-undang? Bagaimanakah caranya? Mungkin perlu ada Seorang penunggu disertakan surat saman betul-betul disebelah tong sampah itu.
Gambar Asli
Perkara ini berlaku di tempat aku sendiri, di depan mata aku sendiri. Buta kah mata seorang insan itu? Aku yang berkaca mata pun tahu yang mana satu tong sampah dan mana satu Jalan. Seandainya ada satu hukuman Gantung Sampai Mati terhadap pembuang sampah merata-rata ini, aku setuju.

Tambahan pula, selang seberang jalan berhadapan tong sampah ini terdapat sebuah warung makan. Apa yang pengunjung warung itu makan aku pun tak tahu. Kalau aku, Minta maaf cakap, aku dah tak datang dah. Bagaimana pengunjung itu boleh makan dengan permandangan yang indah ini? wow! indah sungguh, yummy, menyelerakan.

Apa jenis tamadun yang mereka ingin terapkan? Malu lah kita dengan negara-negara lain dimana diatas jalan mereka tiada sampah pun. Sifat kita, apabila ditegur,

"Biarlah, nanti orang kutip sampah tu kutip lah"
"Kalau tak buat macam ni, dia orang tak ada kerja lah"

Aku bukannya siapa-siapa nak mengatakan isu ini, yelah, budak kecil yang baru nak melangkah dewasa, bukan tahu apa-apa.
Maaf andai tersalah bahasa
Saiful ikhsan
12.32pm
4hb/april/2012

Read more...

Maksud sebenar imej V dan jelir lidah



Bissmillahhirrahmanirrahim

Assalamualaikum dan selamat pagi, Entry kali ini diplagiat dengan izin sepenuhnya dari Blog Katak Hijau.
Andai entry ini agak keterlaluan, aku memohon maaf, dan andai ada apa-apa cuma tinggalkan komen.
Ok, disini aku ingin berkongsikan sedikit info yang aku dapat semasa aku blogwalking tadi.


Mungkin ramai lagi yang tahu pasal nie , Adakah korang tahu maksud V + Lidah terjelir nie dan entah korang perasan ke tidak sebab budak-budak perempuan sekarang nie suka buat posing macam nie selalu.. tak percaya ? korang tengok friend kat Facebook , mesti ada yang posing macam nie....

apa maksud Peace ( V ) + Lidah Terjelir :

V nie lebih ditujukan pada kemaluan perempuan atau lebih dikenali sebagai V-Zone / Miss V.

so , bila kita gabungkan kedua-dua : V+LIDAH = JILAT KEMALUAN WANITA.. Ooouppz , soorry to say.. !

# cuma nak bagi peringatan jer...
sebar2kanlah dan share untuk kebaikan..^^
Dipetik Sepenuhnya Dari Blog Katak Hijau

tidak mahu tulis banyak, takut ianya menjadi isu lagi di sini.
tidak ada niat lain, cuma berkongsi apa yang dalam kalangan rakan ikut-ikutkan sejak kebelakangan ini.
keep it smile.. :)

Saiful Ikhsan
3/4/2012
6.40AM

Read more...

Cerita mengenai sekupang

Assalamualaikum dan selamat tengahhari

Intro :
Definisi sekupang di sini bermaksud Sepuluh sen bukannya nama tempat mahupun makanan. Dan idea aku nak cerita mengenai benda ni sebab aku terlihat tagline rakan blogger kita, ceritasekupang ni.
Kalau korang nak tahu, dalam banyak-banyak duit syiling, yang paling aku rasa berharga skali ialah sekupang. Sebab apa? Sebab aku ada sejarah aku sendiri masa di tingkatan 5. Haha
Ok, sebenarnya kisah nya macam ni, kejadian ni berlaku masa aku di tingkatan5. Yang aku ingat masa tu aku duduk di bilik sewa sekitar Taman Seri Cahaya, Kuala Selangor. Macam biasa, Hari minggu aku balik ke rumah aku menggunakan pengangkutan awam.
Masa aku on the way keluar dari bilik aku, aku dah memang ternampak dah sekupang aku jatuh. Tapi aku buat-buat tak tahu je, dalam hati aku masa tu kata, "Alah, sepuluh sen je pun".

Ok, entah macam mana, masa aku sampai je kat KTM sungai buloh, aku baru sedar yang duit aku tercicir, mungkin masa aku nak bayar tambang bas. HAHA
Ni la akibatnya kalau tak suka masukkan duit dalam wallet.
Aku dah mula tidak keruan.
tambang dari sungai buloh ke Rawang rm2.10 dan time tuh aku just ada RM2!!
well3, masa tu aku fikir,

"Kalau lah aku ambil sekupang tu masuk dalam poket aku, mesti benda tak jadi macam ni"

Damm.

Dipendekkan cerita, tak pasal-pasal ibu kena ambil aku di KTM Sungai Buloh dari rawang. Itu pun nasib aku baik sebab maxis buat application Call Me Back.

Conclusion is, walaupun cuma sekupang tetapi ianya berharga

Read more...

Ptptn akan dimansuhkan



Assalamualaikum dan selamat pagi semua,

pertama sekali aku minta maaf sekiranya korang menganggap entry ini adalah berunsur politik, namun sebenarnya tidak. Disini juga saya tidak ada niat untuk menyokong mana-mana belah pihak.

Straight to the point, tempat aku memang tengah hangat mengenai isu ini, ok aku bukan lah nak cakap kosong kat sini. Ini apa yang aku lihat, apabila isu ini di war-war kan, ramai student kat sini yang tidak setuju mengenai perkara ini, ok fine, aku akui korang tidak setuju. tapi bagi lah alasan yang boleh diterima di akal. Ini tidak, antara alasan yang utama ialah

1 - " nanti tak boleh mewah la kalau ptptn takde.."

ok, disini aku ingin berkata, korang belajar semata-mata korang nak mewah ke?
seriously aku cakap, aku memang tidak mengambil sebarang pinjaman ptptn.
aku memang lah tidak semewah korang, namun ia baik untuk masa depan aku (bagi aku).
Dulu kau juga yang cakap, ptptn ni menyusahkan kau orang, wah. apa sudah jadi?
sekarang ini kau orang cakap ptptn bagus?
PELIK


2 - "nanti tak boleh beli buku"

yang ni paling aku tawa, Hello, duit ptptn kau orang tuh, tak pakai beli buku pun. Duit buku kau orang minta kat parents kau orang jugak.


3 - "itu semua janji palsu je tu"

Hello, kau tu siapa nak menentukan benda itu? yang kau nak taksub sangat dengan benda ini kenapa? hello, ini Universiti. takde maknanya.


dan banyak lah lagi alasan yang aku terima tidak diterima dek akal.

Aku hairan lah, kenapa masing-masing nak tunjuk hebat mengenai perkara ini?
menyatakan itu dan ini?
adakah mereka mencari publisiti.
Hanya cerita di kedai kopi, memalukan.
Aku tidak kisah kau orang tidak setuju menganai perkara ini, namun biarlah alasan-alasan nya itu menunjuk kan kau orang seorang yang terpelajar.
Hal-hal kampus pun tengah kucar-kacir sekarang ini,
tak perlu kita tambah kan lagi kucar-kacir tu dengan hal remeh macam ni.

saiful ikhsan
2hb/april/2012
9.39AM

Read more...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...