"Setiap airmata yang mengalir mampu menghilangkan rasa tertekan"

Kurniaan Tuhan

Berhenti sejenak jasad disini,
Mengagungkan alam ciptaan Tuhan Maha Esa
Sunyi, Sepi, Ditemani cahaya Bulan,
Disamping serangga yang berbunyi,
Cukup sempurna ciptaannya,
Sepertimana ia mencipta bidadari,

Cukup bersyukur sebagai seorang manusia,
Diberikan jasad yang lengkap dan sempurna,
Hasil pinjaman dari Maha Esa,
Manusia, mengakui bahawa jasad itu hanya Dipinjam,
Dari tuhan yang Maha Esa,
Untuk tunduk kepadanya,
Untuk sujud kepadanya,
Untuk memhasilkan bekal di akhirat nanti,

Aku menerima darimu Jasad yang Sungguh Sempurna,
Tiada cacat cela,
Hati yang cukup suci,
Namun aku kejam,
Memulangkan kepadamu,
Jasad yang penuh kehinaan,
Hati yang penuh dengan titik gelap,

Aku tidak seperti hambamu yang lain,
memulangkan jasadmu dengan lengkap,
Tiada cacat cela,
Hati yang putih dan suci,
Ampunkan aku,
Maafkan aku,
Semua sudah terlambat,
Pintu taubat sudah tertutup,
saiful ikhsan
Updated on 4:12pm
3hb April 2012



Read more...

Niat terbuku dalam hati~

salam semua,
kadangkala aku tertekan dengan kehidupan aku yang begini,
kesempitan wang itu perkara biasa..
namun sampai bila aku hendak macam ini??
itu kehendak Allah S.W.T..
aku hanya mampu berusaha dan berdoa kepada Allah S.W.T
aku ada cita-cita ku sendiri..
apa yang aku usaha kini ada matlamat kusendiri...
namun apa matlamat aku itu biarkan lah ia terbuku dalam hati..

memang betul kata orang,
nak berjaya itu akan bertemu dengan pelbagai-bagai dugaan..
namun siapa tahu disebalik dugaan itu tersimpan 1001 kebahagiaan di dunia dan akhirat?

aku bukan lah siapa-siapa hendak berkata-kata disini,
aku hanyalah pelajar biasa di institusi swasta.
siapa aku untuk berkata-kata?
namun renungkan setiap kata aku ini~

harta bukan segalanya??
siapa kata?
dengan harta kita boleh menegakkan agama..
dengan harta kita boleh membantu umat islam...
dengan harta kafir tidak pandang rendah pada kita..
yang penting apa yang kita lakukan itu halal..

percaya atau tidak jika aku kata bahawa duit segala-galanya sekarang??
jika anda belajar seperti saya di institusi swasta?
1.Makan?
1 hari kompem habis RM10?
30 hari?? 300

2.duit belanja?
1 hari kompem RM10?
30 hari? 300

kenapa aku kata duit belanja?? dengan duit itu lah kita hendak print assignment,
dengan duit itu lah kita hendak menaikkan cgpa kita dalam institusi swasta..

andai katalah aku kene bared dari final..
aku orang berada, dan aku boleh bayar duit saman bar itu Rm250 satu subject.. lepastu aku bayar lagi duit drop subject.. Rm250..
confirm-confirm gpa aku CEMERLANG.

ANDAI KATA PULA..
aku kene bared dari final, aku tak mampu bayar duit saman bar.. sudah pasti final aku absent dan gpa aku teruk, lepas itu confirm-confirm aku tak dapat sambung ptptn..
family orang susah..
apa akhir kita beb?

percaya atau tidak kalau aku cakap duit itu maruah kita??

mestilah, siapa kita kalau kita tiada wang?
cakap sepatah orang kata kau apa tahu???
engkau pun susah??
bodoh, cakap pandai buat tak reti??

Tiada duit, sudah pasti sehingga anak beranak, cucu cicit, turun temurun semua ikut sama.

akhirkata..
Berusahalah selagi anda boleh berusaha..

MUSUH ISLAM ADALAH KEMISKINAN DAN TANPA USAHA KERAS UNTUK BERJAYA..

MAHU KAH ANDA MENJADI MUSUH ISLAM??

CARI LAH PELUANG..


Read more...

MasaK TelUr Guna PerIuk NasI


Assalamualaikum semua,

Okeyh, kalau seBelum INi, Korang PErnaH BAca POst DimaNa AkU MasAk SArdin..
Dan KalI Ini AkU maSAk teLur menggUnaKan PErIuk Nasi..
=)

1. taKungkAn mINyaK DalAm PeriuK saMpai BErtaKUng.
2. Tekan suIS cOok Di pEriUk Nasi.
3. PanasKan MinyAk SehinGGa MEndiDih.
4. PecaHkan tElur ke dAlam PeriuK nAsi.
5. TunggU sehInggA TelUR maSak MengikUt SeleRa AndA.
6. AngKat Dan Tos kAn MinyAk dARi Telur.
7. HidanGkan

itu adAlah Cara-cara kAmi MasaK telUR..
Aku DaN QhairIel..
AT last..
teLur AyaM kaMi Jadi RupA Ini

AkU pUNya

















QhairiEL punYa

















Setelah seLesaI MenggorenG teLur..
Kami Ingin MemasAk NAsi..

NamUn PeriuK ini BeraSap dan Rosak..

mUNgkiN akIbat masaK telUR dalAm PEriUk nAsi kut?
=)




Read more...

Hidup Ini Ibarat Roda

hidup ini ibarat roda..
perpusing mengikut kitaran bumi..
sepertimana semua tahu..
kadangkala tahi di roda berada diatas..
dan kadang kala berada dibawah..
kita ibarat jalan..
kadang kala permukaan tayar bersih..
dan kadangkala permukaan tayar kotor...

Kadangkala kita dilemparkan dengan senyuman..
kadangkala kita dilemparkan dengan tangisan..
apa sahaja yang berlaku..
kita tetap perlu terima..

apa sahaja yang berlaku..
kita mesti ingat tuhan yang maha esa..
tuhan yang sentiasa bersama kita..
ALLAH SUBHANAWATA'ALA
berdoalah kepadanya..
ALLAH MAHA MENDENGAR..
bersujudlah padanya..
ALLAH MAHA PENGASIH..

seperti aku..
kadangkala aku tersenyum bersama teman..
yang ku ingat dianugerahkan dari Allah..
untuk menemani aku disini..
aku ingat doa ku termakbul..
untuk tidak sunyi disini..
tetapi aku lupa akan ujian..
yang Allah berikan pada kita..
ujian tidak semestinya kesusahan..
kadangkala ujian datang dengan kesenangan..
dan sekelip mata ia pergi meninggalkan..
dan kita hanya terkapai-kapai disini..
menjadi nisan yang kaku..

ujian demi ujian mendatang..
aku tetap tabah..
menghadapi ujian mu Ya Allah..
diselitkan dengan senyuman..
apa yang berlaku..
aku tetap tersenyum....

itu prinsip aku..
biar apa yang berlaku..
tiada siapa yang akan mengetahui..





Read more...

"Amadkhir's First Giveaway"


Salam Semua..
Dah Lama aku ta join BCR, slame ni aku usha jer..
skali aku join, aku dapat satu GiveAway contest daripada Cik Spanar Buruk..
Thanks ya. :)

First contest ni aku join sebab aku dah lama tak join blog contest kat blogger..













kontest ini ditaja oleh sepenuhnya http://amadkhir.blogspot.com.
kontest ini menjanjikan hadiah kacamata RayBan yang anggun lagi bergaya.. hehehe..
kontest ini juga menjanjikan topap RM10..
kepada pemenang-pemenang bertuah yg akan dipilih secara rawak..

ok.. itu sahaja..
Aku TAg :-


*random tag.

ok.. sekian.. wasalam..
:)

Read more...

OpeN houSe UNtuk HousemAte! :)

Salam,
semasa aku berada dalam kelapangan masa untuk menulis ni, aku nak menceritakan tentang perkara yang amat menarik berlaku pada semalam(07 september 2011).
Haha..
Setelah sekian nak dekat sebulan aku duduk di rumah ni, ini adalah pengalam pertama kami untuk memasak. itu pun setelah aku membawa periuk nasi dan beras.
saat ini Qhairiel nak masak sardin dan antara bahan-bahan nya ialah :-
  1. air
  2. satu tin sardin
  3. 3 biji bawang
  4. 2 biji limau purut
  5. kicap
  6. periuk nasi
  7. gunting
ok, mula-mula sekali kita orang dah agak bengong macam mana nak potong bawang dengan gunting. Namun dengan bakat kesenian pada diri kami, bawang itu dapat dipotong dengan gunting.
dah potong bawang tiba-tiba sekali lagi Qhairiel mengeluarkan satu persoalan.
macam mana nak potong masak kalau tiada minyak masak?
HahA!
jadi hasil nya,
Qhairiel memasak sardin itu dengan hanya menggunakan air panas.
dan cara-caranya ialah :-

  1. masak air paip sehingga suhu mencecah 100'c
  2. tuangkan satu tin sardin kedalam mangkuk dan asingkan ikannya.
  3. masukkan kicap lemak manis kipas udang secukup rasa.
  4. masukkan bawang dan kacau sehingga sebati
  5. setelah sebati masukkan ikan dan tuang air panas kedalam mangkuk itu tadi dan kacau sehingga betul-betul sebati
HaHa!
sebenar-benarnya rasanya sama seperti sardin di atas periuk.
marvelous!
terima kasih kepada Qhairil Dan Izzat kerana sudi buat open house untuk housemate.
anggaran beras yang dihabiskan pada hari itu :

4 Cawan Beras
makan 4 orang.
amacam? berselera tak?

sekian..
=)

Read more...

Diari penceria hari.

SELASA, 23HB OGOS 2011

6.30PM : Petang yang amat membosankan bagi diriku. Bosan, bosan, bosan. Hanya itu yang bermain di fikiranku. Saat ketika sedang kebosanan, Qhairil mengajak aku keluar bersama Nisa, Sha, dan Raziq. Hmmm, dan aku pun terus mengajak ijat kerana dia ada kereta namun pelbagai alasan yang diberikan oleh ijat. Tanpa segan dan silu aku pun terus meminta tolong Hana untuk memancing ijat keluar pada malam ini. Memancing dan terus memancing akhirnya Ijat kalah dengan Hana dan bersetuju untuk join kami pada malam ini. Kami merancang untuk berumpul di dewan biru pada pukul 8PM. Perasaan excited mula menguasai diri masing-masing. Aku dan Qhairil dengan pantas menyediakan fotostat IC dan Lesen untuk diberikan kepada Nisa untuk menyewa kereta. J

8.00PM : Baru hendak bersiap. Biasalah, tunggu Qhairil mandi. Sementara menunggu Qhairil mandi aku sempat menonton filem The Despicable (kot) manakala si Ijat tuh siap boleh berbuka puasa bersama kawan-kawannya di cafĂ©. Selesai tunggu Qhairil mandi, turn aku pulak untuk mandi, hehehe. Aku mandi kejap jer… Selesai bersiap, Kami bergegas ke Perodua Kenari Milik si Ijat. Pada awalnya, kami ingat kereta yang disewa sudah tersedia di dewan biru, rupa-rupanya belum lagi. Semasa menunggu kereta sewa sampai, 3 batang rokok telah aku hisap sehingga puntung. Masing-masing berteka teki apakah kereta yang disewa oleh Nisa.

9.00PM : Kereta sewa sampai dan teka teki telah dijawab, dan jawapan bagi teka teki ini adalah Perodua kancil. Kecil, Comel, Bergaya dan yang paling penting padat. J, tanpa melengah kan masa, Qhairil terus memandu kereta itu dan aku menumpang kereta Ijat bersama Hana. Rancangan kami seterusnya adalah untuk ke Bintang Gemilang, Rawang untuk berkaraoke. (Rawang jugak). Sampai sahaja di simpang 3 Unisel, Ijat masuk simpang kiri. Tup-tup kereta kancil Qhairil tidak kelihatan. Kami berhenti di bahu jalan dan call Qhairil untuk mendapatkan kepastian, SAH! Qhairil ikut simpang kanan. Mungkin dia teringin main Drift di jalan lama. J. Kami mengharungi jalan menghala Sg. Tengi yang begitu gelap gelita dan amat menyeramkan. Hana mula menunjukkan perasaan takut. Meter Ijat tidak mampu untuk melebihi 80km/h, jika lebih Hana akan bersuara, so untuk mengekalkan kesunyian, meter hendaklah tidak lebih dari 80km/h. Dalam hatiku mula berkata (kalau naik moto aku da sampai da nieh). Demi keselamatan bersama, tidak apa.

9.45PM : Kami mengikuti susur keluar Rawang merentasi susur keluar Bukit Beruntung untuk mengelakkan kesesakan jalan raya. Sampai ni fly over rawang Ijat begitu teragak-agak untuk mengambil simpang dan terus membelok kanan. Keadaan tanpa disangka, (POM) pssssssssssssss.. bunyi angin tayar kiri Ijat amat menusuk telinga Hana. Ya, kami berhenti di deretan kedai untuk kepastian. Pasti dan amat Pasti! , tayar depan kiri ijat kini sedikit pun tiada angin. Kami semak belakang but kereta untuk mencari Spare tyre. Kami mengeluarkan Spare Tyre untuk menukar tayar yang bocor itu. Namun perkara menjadi lucu apabila Spare tyre ada tetapi Jack dan Spanar tiada. Kami memunggah but kereta sewa Qhairil untuk mencari jack dan spanar. Juga melucukan apabila jack nya ada namun spanarnya tiada. (haih, lepas satu-satu masalah.) Mujur si mulut manja Nisa meminta bantuan warga cina yang berada di situ untuk meminjam spanar membuka tayar. Kami bertiga bergabung kudrat untuk membuka tayar itu namun hanya tinggal satu skru tidak mampu untuk kami buka. Sekali lagi bantuan warga cina itu amat diperlukan, dia membantu untuk membuka skru di tayar itu. (die da macm mekanik plak). Tinggal satu skru lagi pula menjadi masalah, skru itu amat ketat. Kami teruskan usaha untuk membuka skru itu sehingga skru itu PATAH. :-D. kini Ijat menggunakan 3 skru di tayar kirinya. Selesai, kami berterima kasih pada warga cina itu.

11.12PM: kami meneruskan perjalan ke Bintang Gemilang Rawang untuk berkaraoke, pada saat ini masing-masing berasa seronok. Mic silih berganti, kalau boleh hendak diberikan mic sorang satu yang berada di situ. Lagu demi lagu dipilih, pelbagai gelagat dapat dilihat. (tak pyh cerite kot) J. Lagu last aku dan Qhairil beraksi. Rock baybeh!! Haha

12.20AM: Selesai berkaraoke, destinasi seterusnya adalah Dataran Merdeka Kuala Lumpur. Kami bertolak kesana melalui jalan Selayang. Seperti biasa, meter kenari ijat tidak boleh melepasi 80km/h. memandangkan kereta Ijat tiada radio, laptop dan speaker kesayangan ku menjadi pemecah suasana suram. Sampai di Kuala Lumpur kereta Qhairil pula ke hadapan untuk menjadi guider perjalanan kerana dia lebih arif mengenai selok belok KL. Sampai sahaja di Dataran Merdeka, kami lepak di mana tempat pergambaran filem sering dijalankan. (kiteorang pun nk photoshoot jugak) di dataran merdeka, kami berjalan sekeliling sambil menangkap gampar. Pelbagai adengan gambar dapat kami tangkap, meloncat, terbang, bergaya, ayu dan berbagai lagi. Di polo club dataran, Hana dating dangan Ijat, Nisa dating dengan Qhairil dan Sha dating dengan Raziq manakala aku pula ditugaskan menjadi photografer biarpun aku tiada tauliah dalam bidang ini. Setelah puas menjelajah Dataran Merdeka, kami mula ingin berjalan ke tempat lain. Tapi kami masih tiddak mengetahui destinasi seterusnya.

1.34AM : Ijat menjadi guider pada ketika ini, ijat membawa kami untung pusing-pusing seluruh KL . Pavilion, KLCC, Bukit Bintang, Puduraya. Kalau boleh semua dia nak pusing. Setelah mengharungi kesesakan Jalan KL, akhirnya di Traffic Light juga timbulnya idea Sha untuk lepak di Ampang One Look Point. Dan ketika ini Qhairil pula menjadi guider.

2.20AM : Indah sungguh permandangan di Ampang One Look Point, disini kami boleh melihat seluruh KL pada watu malam. Lampu-lampu yang amat menyinari suasana malam KL. Aku dan Qhairil menjamah burger Oblong yang dijual disitu manakala yang lain menjamah burger bersama air (air ape pun aku ta tahu). Kami besantai-santai di situ sambil menikmati keindahan alam ciptaan tuhan semesta alam.

4.02AM : Destinasi seterusnya, Extreme Park Shah Alam. Dan Ijat menjadi Guider kali ini kerana Shah Alam adalah kampung halamannya. kami mengikuti lebuhraya Plus dari ampang untuk Shah Alam. Sampai di extreme park Shah Alam, kami bersahur di KFC extreme park Shah Alam. Kami lepak disitu untuk membina muscle-muscle kami. J. Pelbagai gelagat Hana dapat dilihat oleh kami dan ternyata Hana seorang yang amat lasak sehinggakan kami yang agak takut melihat gelagatnya. Saat ketika ini, Nisa juga ingin mencuba bakatnya untuk mendaki dan agak melucukan apabila dia tidak boleh turun dan tidak boleh naik sehingga dibantu oleh Qhairil.

6.50AM : sudah tiba masanya untuk kami pulang, terima kasih pada semua kerana menceriakan malam itu. Ternyata hari itu adalah hari yang terindah bagiku. J






Read more...

Luahan hati V2

Irama lagu mengiringi aku..
Mencipta suatu penuh dengan pujian..
Pujian-pujian kepada ilahi..
Tuhan semesta alam..

Ya Allah..
Sesungguhnya aku hamba mu..
Yang sering melakukan kesilapan..
Yang sering ingkar kepadamu..

Ya Allah..
Kau ampunilah aku..
Sepertimana kau ampunkan insan lain..
Sepertimana bayi yang baru lahir..

Ya Allah..
Aku ingin bertaubat..
Dari segala kisah-kisah silam ku..
Dari segala perkara-perkara mungkar..

Ya Allah..
Kau jauhkanlah aku..
Dari segala perkara-perkara mungkar..
Dari segala perkara-perkara keji..
Dari segala perkara-perkara hina..

Ya Allah..
Ikhlas dari hatiku..
Aku benar-benar ingin bertaubat..
Namun terlalu banyak rintangan yang aku hadapi..

Ya Allah..
Aku ingin bersujud padamu..
Menangis merayu padamu..
Namun aku insan biasa..
Yang sering melakukan dosa..
Yang sering ingkar..





Read more...

Seluas alam terbentang


Dengan nama tuhan yang maha agung..
Jari jemari terhempas di kekunci..
Meluahkan kemarau melanda jiwa..
kekosongan yang ternyata dirasai..

Kesunyian bukan apa yang ku pinta..
Kerinduan mungkin punca titik asal..
Titis airmata menjadi bukti..
Isi hati yang tiada mengetahui..

Luaran terpahat senyuman..
Di simpulkan dengan tawa..
Menutup dalaman yang kencang..
Agar tiada insan yang merasa tempias..

Begitu luas alam terbentang..
Luas lagi alam semesta...
Begitu syahdu si pembaca..
Lagi syahdu si penulis..

Aku hanya mampu berdoa..
Kepada tuhan yang maha esa..
Agar setiap ujiannya..
Dibalas dengan kebaikan..

Tuhan maha adil..
Tuhan maha mengetahui..
Hanya dia yang mengetahui..
Apa yang terbaik buat hambanya..

Semua sepatutnya tahu...
Tapi ada yang masih berkata-kata..
Bahawa tuhan tidak adil..
Astaghfirullahalazim..

saiful ikhsan
23 julai 2011
cafe unisel







Read more...

Aku tetap aku


Jari tergerak menulis sesuatu..
Yang tidak diketahui untuk siapa pada siapa..
Perasaan meronta menahan sebak..
Dek kerana kesunyian dijiwa..
Tiada siapa yang akan mengerti..
Maksud mendalam hasil pena..

Aku lihat di sekeliling alam..
Burung berterbangan bebas di awan..
Sepasang bertenggek di atas dahan..
Sepasang bertenggek di atas wayar..
Sungguh gembira mereka bersama..
menikmati nikmat kurniaan tuhan..

Sayup-sayup angin menggoyangkan dahan..
Membuat hati tenang seketika..
Itu lah nikmat tuhan..
yang jarang kita syukuri..

Biar taufan datang melanda..
Biar ribut membelah langit..
aku tetap berdiri disini..
kerana aku tetap aku..

Kerana seluas-alam..
Tiada siapa yang dapat meneka..
apa yang tersirat..
Seperti juga hasil pena..
Tiada siapa akan mengerti..
Kecuali tuhan yang maha esa..


saiful ikhsan
22 julai 2011




Broery Marantika - Biarlah Bulan Bicara

Read more...

Online di perpustakaan UNiSEL


Assalamualaikum semua..
mulakan bicara dengan senyuman..
:)
Uwargh.. hari ni aku habis kelas pukul 11 am..
agak la mengantuk kelas nya..
btw lepas je klas tu aku teringin nak pergi melawat ke Library unisel ni..
alang2 nak mendaftar id skali...
first time masuk nih..
yewla..
masa orientasi ponteng..
hAha..
kiranya dalam hidup aku, aku jarang masuk library..
kat zaman sekolah je ade..
so aku jadi macam keciwi bila masuk dalam library yang sebesar-besar alam nih..
rasa macam pening kepala pun ada jugak..
library ni di lengkapi dengan WIFI dan cafe..
so ramai di antara pelajar disini datang sebab nak online..
dan bukan baca buku.. hoho
sini jugak ade beberapa pc untuk digunakan oleh para pelajar..
selain itu di library ini juga disediakan cafe untuk pelajar bersantai..
:)
So, tu je yang aku nak berceloteh..
sekian..
wasalam..

Read more...

Kini Berada Di UNiSEL Bestari Jaya


















Salam semu pembaca,
sekian lama blog ini bersawang ditinggal kan oleh ku, kini ku akan kembali.
kalau dulu aku janyalah lepasan SPM dan kini aku sebagai siswa di Unisel kampus bestari jaya.
Pertama kali aku menjejakkan kaki disini adalah pada 9hb julai 2011 aku sungguh terkesima dengan keluasan kampus di bestari jaya ini.
wah! besar siot!
haha
gila!
aku terPAKSA menghadiri sesi orientasi selepas pendaftaran.
pergh..
tertekan gila dengan tekanan2 yang ada..
haha
kami tidur pada 2am dan terpaksa bangun pada pukul 4.30am.
memang tidak cukup tidur la dibuatnya.
namun tekanan ini di kurang kan pada hari keempat ia itu pada slot malam tekad siswa..
malam ni memang BEST gila!
ia seakan-akan konsert berprestij dan bukan nya GIG!
:)
style.
aku rasa aku nak cerita itu sahaja pada ketika ini..
nanti andai ada masa terluang.. aku sambung lagi... :)

salam

Read more...

Luahan Hati seorang anak terbuang


Ibu,
mengapakah ini semua terjadi,
apakah dosa along?
mengapa disaat along memerlukan Ibu,
ibu berlalu meninggalkan along,

Ibu,
ibu dengar along menangis,
tapi kenapa ibu pergi?
meninggalkan along sendirian,
sehingga tubuh along menggigil,

Ibu,
Jika benar along berdosa,
Ampunilah dosa-dosa along,
jangan biarkan along begini,
menanggung seksa sendiri,
tanpa seorang pun mendengari,

Ibu,
Along teringin nak jadi seperti yang lain,
dilahirkan dengan kesyukuran,
disambut dengan seruan azan,
diterima dengan senyuman

Ibu,
kenapa along disambut dengan tangisan?
kenapa along dilahirkan bersama serangga,
bersama embun yang memberi bisa pada tubuh,
berbumbungkan langit gelap,
bertikarkan rumput hijau basah,

Ibu,
menyesalkah dengan kehadiran along?
sehingga sanggup buat along seperti ini?
dibuang seperti binatang,
tanpa peri kemanusiaan,
dibiarkan seperti bangkai yang hina,

Ibu,
semasa along terbaring terkapai terseksa,
along terlihat seekor ibu anjing,
menjilat anak-anaknya,
dengan penuh kasih sayang,
lalu anak-anaknya berguling riang,
ternyata mereka bahagia bersama ibunya,

Ibu,
Cuaca semakin sejuk,
hujan pula turun dengan lebat,
along tidak mampu bergerak,
hanya mampu menadah titis-titis hujan itu,
sehingga along menghembuskan nafas terakhir,

Ibu,
Along harap sangat kita dapat berjumpa di syurga,
along doakan ibu bersama dengan ayah,
along doakan ibu kembali ke pangkal jalan,
bersama dengan orang-orang yang diredhai,
dan dikasihi oleh Allah


















Read more...

Dari Perasaan Turun Ke Papan Kekunci

Aku termenung sejenak,
terfikir sesuatu yang mengisi ruang minda,
yang kadang kala menyentuh perasaan,
terimbas kembali dosa-dosa silam,

Andai aku pergi suatu hari nanti,

seksa kah saat kematian ku?
bagaimanakah keadaan jasad ku?
ada kah al-fatihah akan ku terima?
penuh kah saf ketika solat jenazah didirikan?
adakah orang akan menguruskan jenazahku?
ada kah orang akan tangisi pemergianku?
ada kah orang akan mendoakan diriku?
ada kah orang akan tersenyum tertawa melihat pemergianku?

Andai aku di dalam liang lahad,

mampukah aku menjawab soalan mailakat?
seksakah aku disana?
cukup kah bekalan yang ku bawa?
adakah taubatku diterima?
sempitkah kuburku?
gelapkah kuburku?
adakah orang akan menyirami kuburku?
dengan air yang akan menyejukkan kuburku?
dengan air wangian yang mewangikan kuburku?
dengan tanaman yang akan memberikan zikir padaku,

Andai aku didalam neraka,

mampukah aku menahan seksa?
mampukah aku untuk menelan nanah?
seksakah aku disana?

Andai aku pergi suatu hari nanti,

bagai manakah keadaan keluargaku?
sukakah mereka dengan pemergianku?
mampukah mereka terima pemergianku?

Andai aku pergi suatu hari nanti,

ku harap ada penganti diriku,
ku harap angah dapat menjadi along,
ku harap kudrat angah sekuat along,
ku harap jiwa angah sekuat along,
kuharap angah mampu memimpin adik-adiknya,
seperti mana along memimpin angah.
ku harap rakan-rakanku mengetahui pemergianku,
ku harap tiada tangisan,
ku harap ada orang yang akan menguruskanku,
ku harap mereka menyedekahkan al fatihah terhadap diriku,
ku harap doa akan diterima,

Andai aku sudah tiada,
tiadalah juga senyumanku,
tiadalah juga tawaku,
tiadalah juga tangisan ku,
hanya yang tinggal kenangan sebelum ini..





yang ikhlas,
saiful ikhsan
14 februari 2011
2.18pm

Read more...

Orang Tamak Selalu Rugi???????


Salam semua... Sekian lama aku tak update blog ini, kelihatan blog ini semakin bersawang..
hehe.. =)
tapi takpelah, asalkan aku mampu untuk teruskan jua dunia blogging ini tanpa ada rasa putus asa..
Mesti korang pernah dengar pepatah menyatakan bahawa orang tamak selalu rugi?
hehehe.. disini aku bukan hendak menafikan pepatah ini cuma ku ingin berkongsi satu pepatah baru..
Orang Tamak Selalu Untung,
Orang Bodoh Selalu Rugi?

Haaaaaaaaa....
mcm ni cerita nya, andai ada satu pemandu teksi sapu ini, dia seorang yang tamak..
teksi dia boleh muat 4 orang penumpang, satu penumpang dikenakan RM3, tapi kalau dia tamak dia boleh muatkan 5 orang penumpang, kat sini dia dah untung lagi satu penumpang??
haha..
Betol kan?
dan bila teksi dia da bawak lebih penumpang,tapi dia bodoh, kebodohan nya terserlah apabili berlaku satu situasi dimana ada polis dihadapan tapi dia redah jugak polis tuh, taknak ikot laluan lain, so dia akan mengalami kerugian dalam saman yang diterima.
maka ini lah yang dikatakan orang bodoh selalu rugi..
=)

Disebabkan ini, ramai warganegara Malaysia bersikap tamak, tengok macam segelintir pemandu bas? bas da padat masih lagi mengambil penumpang?
well.. orang tamak kan selalu untung?? =)



Read more...

EP11-AKU SEORANG BLOGGER


sambungan daripada - EP10-AKU SEORANG BLOGGER



Hakim memandang ke arah suara itu .

Alangkah terkejutnya Hakim apabila melihat Ilya yang memangilnya .

Hakim terpaku seketika .

Ilya kelihatan anggun sekali memakai baju kurung moden berwarna putih . Kecantikkan gadis itu makin terserlah . Tergugat iman Hakim dibuatnya . 'Kalaulah dia ni jadi bini aku' , bisik nakal hati Hakim .

"Apa kau buat kat sini ?!!" , tanya Ilya dengan nada yang agak kasar .

Hakim tergamam untuk kali kedua . Tidak mengangka gadis yang selama ini 'lemah lembut' baginya , bolah bersikap kasar padanya .

"Agak2 lah wei , salam tak ada terus serang aku ?" lawan Hakim .

"Arrh , kalau dengan kau tak perlu semua tu ! Apa kau nak ?!" , lagi sekali Ilya bersikap kasar .

"Salahkah aku datang ? Salahkah jika aku ingin melihat kau bahagia ? Salahkan jika aku ingin mengucapkan selamat berbahagia pada kawan aku ?" , bertubi2 soalan yang diajukan Hakim pada Ilya .

Dalam diam , hati Hakim terguris dengan sikap Ilya . Hatinya sebak , dia terasa seperti hendak menangis !

'Cover2 ! Jangan lemah depan minah ni ! Control macho kau tu sikit !' , bisik hati Hakim .

Namun begitu , Ilya telah dapat membaca raut wajah Hakim . Ilya tersenym puas . Ternyata rancangan dia dan Fariq berjalan dengan lancar .

"Sejak bila aku berkawan dengan kau ?!!" , bentak Ilya .

Fuh , hilang semua keayuan Ilya ketika itu .

'Pergh , ganas juga rupanya minah ny ! Tak sangka aku !' , sekali lagi hati Hakim berbisik .

Pada masa yang sama , kelihatan seseorang sedang tertawa berdekeh dekeh sambil memerhatikan tingkah laku mereka berdua disebalik langsir ...................



Sambungannya di EP12-AKU SEORANG BLOGGER


Read more...

Aksi gila nafsu di BCR


Tengah sedap kami berchatting tibe muncul pulak si hamba Allah ni.. adeh, memang tak bole blah. Tanpa segan silu terus promote nak isap kote. Warh, aku punye la pelik, takkan ada perempuan yang sanggup nak gadaikan maruah dia free2 macam tu? bohsia pun dah pandai mintak upah sekarang ni.
Tapi bagus nye BCR ni, semua chatters boleh block atau warn nick dia neh, so Ramai jugak antara chatters yang Sudi untuk memblock nick dia neh.
dan ada juga yang sanggup untuk memberi warn kepada gadiscomel ini?
persoalannya sekarang, siapakah dia?
apakah jantina nya? biarkan ia menjadi misteri .

Kepada semua, elakkan lah perkara ini.

apa pendapat anda?
=)

Read more...

Pencarian 100 blogger malaysia tegar


jom sertai misi ni?? hehe....

First : Pengalaman yang tidak boleh dilupakan ketika blogwalking
antara pengalaman yang tidak booleh dilupakan ketika blogwalking ialah dimana tengah asyik berblog walking, tak sedar yang boy da lawat blog tu 3 kali. hehe.. tak boleh lupa jugak masa blogwalking bleh pulak jumpa blog kawan, betol-betol punya kawan.. yakni black! my bff. ta pnh tao pon dye ada blog!

itu sahaja.

kepada pembaca yang sudi membaca. untuk join sila klik gambar atau [klik sini]

sekian..
assalamualaikum...
thanks kepada blog anak mama yg sudi jemput boy join.. =)

Read more...

Nuffnang aku meningkat!



haha.. setelah 3 bulan rasanya aku bersama nuffnang..
iniyang aku dapat..
yes! RM1.00..

hahaha.. ok la tuh..
kalau tak pon asyik 25c jer....
lepas 25c naek rm1 pulak..
ahahaha..
ni baru naik rm 1...
penat pulak weh..
kui2..
tapi takpa ...
usaha perlu diteruskan..

Read more...

Dari tersirat kepada dunia maya


Aku tak kisah sudah korang nak kata apa pon mengenai diriku..
kau kata lah apa pun..
aku tetap begini...
kau datang aku sambut..
kau tak panggil aku bla...
biarlah korang nak kata aku sombong ke apa ke...
yang pasti aku tanpa korang aku mampu hidup...
sendirian..
solo..
kalau dulu aku penat menjaga hati korang..
kalau dulu puas aku mengikut karenah korang...
kalau dulu sanggup berhabis uang kerana korang...
itu kerana dulu aku menganggap korang lah kawan aku..
yang boleh ditumpang tidak kira susah atau senang..
namun ternyata tidak...
indar khabar dari rupa..
saat diperlukan aku dicari...
saat tidak diperlukan....
aku tidak dicari....
kini...
biar lah aku sendirian...
dibuai ombak kehidupan yang penuh sengsara...
dihanyutkan dengan air mata....
ditenggelami dengan perasaan bersalah....

Read more...

Tips elak sakit tengkuk ketika online di atas katil


Hobi aku ialah online di atas katil bersama dengan notebook ku..
haha..
so time aku online tu aku selalu sangat saket tengkuk..
dah berbulan-bulan aku online di atas katil ..
aku jumpa satu cara bagaimana nak mengelak perkara ini berlarutan.. haha..
ok.. lihat gambar dibawah :-


ini ialah cara yang aku gunakan..
letak bantal banyak-banyak bawah pc korang supaya sama tinggi dengan paras bahu korang..
so.. kurang la sakit tengkuk nya.. hehe..
tu sahaja ..
sekian terima kasih..

ada tips lain? boleh la kongsi..

Read more...

Perkara yang aku suka & tak suka ketika blogwalking




Aku ini ialah seorang blogger yang boleh la dikatakan baru juga dalam dunia maya ini..
banyak benda yang perlu lagi aku pelajari...
aku suka blogwalking hehe....
ni senarai yang aku suka dan tidak suka ketika blogwalking yang ingin aku kongsikan..

Senarai yang aku suka ketika blogwalking :-

  1. Dapat info menarik dan terkini yang aku tak tahu
  2. dapat tengok blog orang lain dan perasaan ingin buat macam blog dia membuak
  3. Belajar sesuatu benda yang baru
  4. Boleh promote blog kalau terjumpa peti iklan percuma selama 5jam
  5. Boleh jumpe contest-contest yang baru
  6. Boleh jumpa kawan baru..
  7. Jumpa balik blog yang pernah aku blogwaking
  8. Dapat jumpa lagu yang tak pernah aku dengar
  9. dapat bagi makan kura-kura & ikan .. hoho
  10. Dapat jumpa website nak ping entry yang baru! hehe
Senarai yang aku tak suka ketika blogwalking :-
  1. Bila page blog yang aku bukak tu load terlalu lama (pakai broadband la katakan)
  2. Nak tekan sesuatu button terhalang oleh widget dan nuffnang tergantung
  3. Ayat yang digunakan di dalam entry tidak dapat difahami oleh aku
  4. Kaler Font entry sama dengan kaler background
tu je la kot yg ingin aku kongsikan setakat ini..
huhu..
apa pendapat anda? +)


Read more...

nurkilan yang patut dibace!

Sedang aku berblogwalking merantau seantero alam ini..
aku terjumpa pula satu karangan eh, puisi atau lebih dikenali sebagai nurkilan..
betul la kan?
aku tak tahu la kenapa dengan nurkilan ini..
aku merasakan ea amat menyentuh kalbu dan dunia batin ku..
haha.. sila baca disini


tidak perlu lah aku nak copy...
just klik kat link tu k..
=)
5 star for him

Read more...

Menang kontest kali pertama

Korang ingat lagi tak aku pernah join contest ni.. Senyum sampat telinga aku bila aku diumumkan sebagai pemenang poster lelaki serius..
ape-ape pon sempoi la kontest brader hakimzailan ni..
masa tarikh pengumuman tuh.. post demi post mesti anda takhluki haha..
dye nak buat macam surprise gitu..
tapi memang berdebar2 pon masa tu..
haha..
mula-mula tu tak pandang atas da.. terus pandang bawah..
sebab kepala dah fikir tak menang kontest ni..
sekali tak jumpa..
pandang atas..
la.. kat atas rupanya nama aku..
hoho.. =)
thank a lot bro HAKIM ZAILAN and their JURI-JURI and also to all my SUPPORTER..


Read more...

Jom kita bertukar link disini?



Read more...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...