"Setiap airmata yang mengalir mampu menghilangkan rasa tertekan"

Minuman sedap. (Title takde kene mengena dengan entry)

Assalamualaikum dan selamat hampir tengah malam

        Errr.. nak tulis apa eh? nampak sangat la aku kekeringan idea untuk mengupdate blog sebab tiada apa yang berlaku dalam hidup aku kini menarik untuk diceritakan. 

Lagu background : 3 Doors Down - Here Without You (Boyce Avenue acoustic cover)

Pernah dengar tak ? kalau tak pernah, cari kat youtube .. (^_^)

        ok! (sambil tangan kiri menepuk tangan kanan), update terkini ini dipaksa oleh seorang kawan baik aku dari zaman sekolah lagi untuk update. teare azlan, dia ni comel, tak percaya? cari Facebook dia, Teare Azlan. (^_^). Katanya entri aku sempoi-sempoi semua, aku rasa itu bodek yang paling Fail sekali, kalau la entri aku sempoi-sempoi mesti blog aku dah famous, kan kan kan?

        Minggu ni aku dah start kelas, dah habis cuti sem. Agak serabut sedikit kepala aku ni bila jadual ada clash dengan subjek lain dan apabila nak tukar waktu lecturer tak nak. Macam mana aku nak buat? Lecturer sendiri cakap 'drop je la subjek ni' , wah, kalau aku drop aku nak ambil bila pulak? Kan Kan Kan? FYI, sem ni aku ambil subjek Mandarin 1. Boleh tahan jugak berbelit lidah aku menyebut patah-patah perkataan yang aku belajar. Tengok macam senang je nak belajar, tapi hakikatnya? (^_^)

        Aku baru je seminggu masuk sem, aku dah tengok banyak perubahan sem ini, kalau dulu nya perempuan tu bertudung, tapi masuk sem 3 ni, dah tak bertudung. Dulu kawan ngan orang-orang biasa, Now nak berkawan dengan oang-orang tertentu, wah, perubahan yang begitu ketara bagi aku seriously. Kenapa mereka-mereka ni perlu berubah eh? aku agak musykil disini. Ada yang pulak tu tibe-tibe couple dengan pengkid, mungkin mereka-mereka ini mengikut trend masa kini kot. yelah, kan ramai retis yang couple dengan kaum sejenis sekarang ni, siap lukis tatoo lagi kan? (^_^) 

Ops lagu dah habis, jap tukar lagu jap..

Now playing : The Calling - Wherever You Will Go (Boyce Avenue acoustic cover)

Biasala kan, main lagu kat youtube, kena lah tukar lagu secara manual. (^_^)

         Korang perasan tak? Semenjak dua menjak ni, asyik isu politik je kan? korang tak bosan ke? aku dah mula muak dah. Orang kata pilihanraya dah dekat, Kenapa mereka nak sibuk-sibuk sedangkan umur mereka belum cukup untuk mengundi? Pelik! (^_^) 

         Aku dah tak tahu nak cerita apa. Lama jugak aku fikir, tapi tiada benda untuk diceritakan. Okaylah, aku berhenti disini, lain kali aku sambung lagi, mungkin esok atau lusa. (^_^) Jangan risau, biarpun aku tak update blog, akan tetapi aku sentiasa blogwalking. kan kan kan? Tak percaya tengok la Shout aku? (^_^)
Sekian

4 comments:

sis92 said...

weehuu entri mcm2 topik eh
manusia boleh berubah bila2 masa saja..berubah ke arah kebaikan itu kan lebih elok ..
ahh mls nk cite psl politik, budak2 tu daftar mengundi pon blom dh sibuk nk cerita bersih lah apalah , grr
-,-

c'axoera ヅ said...

apa² pun milo itu mmg best hahaah

Aboy93 said...

Sis92 : tu la pasalnya, sy kecik lagi, umo pun tak cukup.. rasanya blm smpai masa nya untuk berbicara mengenai politik ? kan kan...

Aboy93 said...

c'axoera : milo tu mmg best, cume tak boleh amalkan? kAnkan kan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...