"Setiap airmata yang mengalir mampu menghilangkan rasa tertekan"

Sampah mencermin peribadi bangsa

Assalamualaikum dan selamat tengahari kepada semua,

Bila sebut mengenai sampah, semua sudah lali dengan apa yang berlaku dan ingin diceritakan. Sama ada sungai yang dipenuhi sampah mahupun persekitaran yang dipenuhi sampah. Sampah, Sampah dan Sampah, bagi aku isu ini tidak akan habis selagi tidak ada tindakan keras yang dilakukan. Tindakan keras atau penguasaan undang-undang? Bagaimanakah caranya? Mungkin perlu ada Seorang penunggu disertakan surat saman betul-betul disebelah tong sampah itu.

Gambar Asli
Perkara ini berlaku di tempat aku sendiri, di depan mata aku sendiri. Buta kah mata seorang insan itu? Aku yang berkaca mata pun tahu yang mana satu tong sampah dan mana satu Jalan. Seandainya ada satu hukuman Gantung Sampai Mati terhadap pembuang sampah merata-rata ini, aku setuju.

Tambahan pula, selang seberang jalan berhadapan tong sampah ini terdapat sebuah warung makan. Apa yang pengunjung warung itu makan aku pun tak tahu. Kalau aku, Minta maaf cakap, aku dah tak datang dah. Bagaimana pengunjung itu boleh makan dengan permandangan yang indah ini? wow! indah sungguh, yummy, menyelerakan.

Apa jenis tamadun yang mereka ingin terapkan? Malu lah kita dengan negara-negara lain dimana diatas jalan mereka tiada sampah pun. Sifat kita, apabila ditegur,

"Biarlah, nanti orang kutip sampah tu kutip lah"
"Kalau tak buat macam ni, dia orang tak ada kerja lah"

Aku bukannya siapa-siapa nak mengatakan isu ini, yelah, budak kecil yang baru nak melangkah dewasa, bukan tahu apa-apa.
Maaf andai tersalah bahasa
Saiful ikhsan
12.32pm
4hb/april/2012

1 comment:

Aliff Haikal said...

mcm mana lah ek nak buatkan rakyat malaysia ni concern about this problem . dorang amik mudah je semua perkara ni . T.T

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...