"Setiap airmata yang mengalir mampu menghilangkan rasa tertekan"

Ptptn akan dimansuhkan



Assalamualaikum dan selamat pagi semua,

pertama sekali aku minta maaf sekiranya korang menganggap entry ini adalah berunsur politik, namun sebenarnya tidak. Disini juga saya tidak ada niat untuk menyokong mana-mana belah pihak.

Straight to the point, tempat aku memang tengah hangat mengenai isu ini, ok aku bukan lah nak cakap kosong kat sini. Ini apa yang aku lihat, apabila isu ini di war-war kan, ramai student kat sini yang tidak setuju mengenai perkara ini, ok fine, aku akui korang tidak setuju. tapi bagi lah alasan yang boleh diterima di akal. Ini tidak, antara alasan yang utama ialah

1 - " nanti tak boleh mewah la kalau ptptn takde.."

ok, disini aku ingin berkata, korang belajar semata-mata korang nak mewah ke?
seriously aku cakap, aku memang tidak mengambil sebarang pinjaman ptptn.
aku memang lah tidak semewah korang, namun ia baik untuk masa depan aku (bagi aku).
Dulu kau juga yang cakap, ptptn ni menyusahkan kau orang, wah. apa sudah jadi?
sekarang ini kau orang cakap ptptn bagus?
PELIK


2 - "nanti tak boleh beli buku"

yang ni paling aku tawa, Hello, duit ptptn kau orang tuh, tak pakai beli buku pun. Duit buku kau orang minta kat parents kau orang jugak.


3 - "itu semua janji palsu je tu"

Hello, kau tu siapa nak menentukan benda itu? yang kau nak taksub sangat dengan benda ini kenapa? hello, ini Universiti. takde maknanya.


dan banyak lah lagi alasan yang aku terima tidak diterima dek akal.

Aku hairan lah, kenapa masing-masing nak tunjuk hebat mengenai perkara ini?
menyatakan itu dan ini?
adakah mereka mencari publisiti.
Hanya cerita di kedai kopi, memalukan.
Aku tidak kisah kau orang tidak setuju menganai perkara ini, namun biarlah alasan-alasan nya itu menunjuk kan kau orang seorang yang terpelajar.
Hal-hal kampus pun tengah kucar-kacir sekarang ini,
tak perlu kita tambah kan lagi kucar-kacir tu dengan hal remeh macam ni.

saiful ikhsan
2hb/april/2012
9.39AM

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...