"Setiap airmata yang mengalir mampu menghilangkan rasa tertekan"

Prosedur "Hadiah Anak Masuk Universiti"


Assalamualaikum dan Selamat tengahari semua,

Pertama sekali entry ini adalah untuk rakyat Selangor sahaja, Hari ini aku nak kongsikan prosedur-prosedur yang perlu untuk mendapatkan Hadiah Anak Masuk Universiti Ini. Yelah, semua dah ambil keputusan SPM kan? :)
Hadiah Anak Masuk Universiti ini boleh dimohon setelah korang semua sudah masuk kedalam universiti itu. Munkin ada universiti yang telah menerangkan mengenai ini, tapi masa zaman aku masuk dulu pun aku tahu benda ni sendiri.
Wang tunai akan dimasukan ke dalam akaun korang, RM1000 sebagai hadiah korang masuk Universiti, tidak kira swasta mahupun kerajaan. Asalkan pendapatan family korang dibawah RM1500

ini adalah step by step cara nak dapat tu :

Step 1 :

Korang dapatkan borang tu kat sini ---> LINK
lepastu print.
Atau cara lain nya korang boleh dapatkan di
  • Bahagian Pengurusan Sumber Manusia, Tingkat 3, Bangunan SSAAS, 40000 Shah Alam, Selangor
  • Pejabat Pentadbiran Hal Ehwal Pelajar (HEP) / Pusat Pemajuan Pelajar di IPT masing-masing
  • Pejabat Daerah dan Pejabat Pihak Berkuasa Tempatan di seluruh Negeri Selangor.
korang download kat internet ke atau ambil, borangnya tetap sama.



Step 2 :

korang baca borang tu dan sediakan dokumen-dokumen yang perlu disediakan.
seperti :

1. Salinan SIJIL KELAHIRAN Pemohon
2. Salinan KAD PENGENALAN Pemohon
3. Salinan KAD PENGENALAN Ibu dan Bapa Pemohon
4. Salinan SURAT TAWARAN KEMASUKAN dari Institusi Pengajian Tinggi
Awam (IPTA)/ Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS)
5. Salinan PENYATA PENDAPATAN/ PENYATA KWSP/ SLIP GAJI Ibu
Bapa/ Penjaga Pemohon (jika masih bekerja); atau
6. SURAT PERAKUAN PENDAPATAN (jika bekerja sendiri/ tidak bekerja)/
KAD PESARA & PENYATA BAYARAN PENCEN (jika pesara Kerajaan)
7. Salinan MUKA DEPAN & MUKASURAT TRANSAKSI TERAKHIR BUKU
AKAUN BANK Pemohon (yang tertera No. Akaun dan transaksi terakhir)


Step 3 :
Lepas tu, korang pergi minta cop pengesahan daripada IPT korang macam Bahagian Hal Ehwal Pelajar/ Hal Ehwal Akademik/
Pusat Pemajuan Pelajar/ Bendahari Institusi/ Pendaftar
Dekan Fakulti/ Ketua Pusat/ Ketua Program
Masa aku buat tahun lepas, aku terus minta cop pengesahan dekat Dekan. :)


Step 4 :
Korang sahkan borang korang tu kat ADUN/ Penghulu/ Pengerusi JKKK/ Ketua Kampung, masa time aku tahun lepas, aku hantar kat penghulu terus. :)

Step 5 :
Korang hantar borang korang ni kat ADUN/ Penghulu/ Pengerusi JKKK/ Ketua Kampung, atau kalau nak lebih senang, hantar kat.

Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor
Bahagian Pengurusan Sumber Manusia
Cawangan Biasiswa & Pinjaman Pelajaran
Tingkat 3, Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah
40503 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan


Akhir kata, benda ni nampak je susah, tapi sebenarnya senang je.
Aku dapat duit ni tak lama mana pun, dalam 2minggu je.
dapat je duit tu berbaloi jugak lah, hehehe,,

DUIT BELANJA KOT RM1k
Minta Maaf Cakap, aku seorang yang Boros.
:D

info : http://mb.selangorku.com/page.php?page=Page2&category=98&post=196
http://www.selangor.gov.my/main.php

saiful ikhsan
12.33PM
5/april/2012

1 comment:

Nyue said...

Done follow you,datang dari segmen yg sama gak...Hope follow back k :)

Jom Blogwalking..

http://nyueyien.blogspot.com/2012/04/segmen-nasz-spontan.html

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...