"Setiap airmata yang mengalir mampu menghilangkan rasa tertekan"

Hujan turun dengan lebat di highway

Assalamualaikum dan selamat pagi

---> Rasanya musim hujan sudah datang kembali?
---> Rasa-rasanya lah,

----> Ok sini aku bukan nak cerita mengenai musim hujan sebenarnya, :)
semalam drive balik ke kampus, masa tu petang dalam pukul 6 something. Masa dalam perjalanan aku singgah jap untuk isi minyak, lepas je aku isi minyak, hujan turun dengan lebat.

----> Entah kenapa, aku takut sangat dengan hujan tu, Nasib baik ada member aku kat sebelah buat teman sembang, perjalanan masa tu memang agak merbahaya, dengan keadaan hujan yang sangat lebat hinggakan pandangan pun jadi 50-50, namun dengan bersahaja lori besar potong aku, walhal meter kelajuan aku dah 100km/j dah ni. meter aku rosak ker?



----> Memang merbahaya, dalam hujan lebat macam tu, kereta brake mengejut? kalau satu tak pe, ini banyak, kenapa? memang driver2 tu suka nak main slide2 kat ats jalan highway ke?
Tak boleh jadi ni, aku pun perlahan kan lagi kenderaan aku, 80km/j.
Kenapa ramai yang pasang double signal masa hujan?
Bukan ke double signal ni mengelirukan orang?
Itu aku belajar masa aku ambil lesen dulu la. :)
Tak tahu la kalau orang yang bagi ceramah silap?

----> Sekali lagi emergency brake!
Ya Allah, nak gugur jantung aku. Dah lah hujan! Lebat pulak tuh!
Nak elak kiri, lori, nak elak kanan kereta?
Nasib baik ngam-ngam, membe kat sebelah dah kerut dahi, pening tengok keadaan jalan raya yang sudah mula bergerak perlahan.
Macam biasa, kalau dah jalan jem. Kemalangan lah, kali ini kemalangan melibatkan kereta Estima.
Tak tahu lah macam mana boleh eksiden, yang aku nampak, depan dah remuh menghentam divider kiri.

----> Keluar persimpangan bukit tagar dan bayar tol, OK, kali ni lagi best,
"aku jalan atas jalan ke atas kolam?"
Ape ni? Jalan sikit air, jalan sikit air.
Tapi bagus jugak. cuci kereta percuma.

Kesimpulan nya disini, berhati-hati lah dijalan raya, jangan brake mengejut. :)
Aku ni, semenjak dua menjak ni, asyik nampak orang eksiden je.
tak tahu la apa petanda.

saiful ikhsan
7/april/2012
7.05AM

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...