"Setiap airmata yang mengalir mampu menghilangkan rasa tertekan"

Cerita mengenai sekupang

Assalamualaikum dan selamat tengahhari

Intro :
Definisi sekupang di sini bermaksud Sepuluh sen bukannya nama tempat mahupun makanan. Dan idea aku nak cerita mengenai benda ni sebab aku terlihat tagline rakan blogger kita, ceritasekupang ni.
Kalau korang nak tahu, dalam banyak-banyak duit syiling, yang paling aku rasa berharga skali ialah sekupang. Sebab apa? Sebab aku ada sejarah aku sendiri masa di tingkatan 5. Haha
Ok, sebenarnya kisah nya macam ni, kejadian ni berlaku masa aku di tingkatan5. Yang aku ingat masa tu aku duduk di bilik sewa sekitar Taman Seri Cahaya, Kuala Selangor. Macam biasa, Hari minggu aku balik ke rumah aku menggunakan pengangkutan awam.
Masa aku on the way keluar dari bilik aku, aku dah memang ternampak dah sekupang aku jatuh. Tapi aku buat-buat tak tahu je, dalam hati aku masa tu kata, "Alah, sepuluh sen je pun".

Ok, entah macam mana, masa aku sampai je kat KTM sungai buloh, aku baru sedar yang duit aku tercicir, mungkin masa aku nak bayar tambang bas. HAHA
Ni la akibatnya kalau tak suka masukkan duit dalam wallet.
Aku dah mula tidak keruan.
tambang dari sungai buloh ke Rawang rm2.10 dan time tuh aku just ada RM2!!
well3, masa tu aku fikir,

"Kalau lah aku ambil sekupang tu masuk dalam poket aku, mesti benda tak jadi macam ni"

Damm.

Dipendekkan cerita, tak pasal-pasal ibu kena ambil aku di KTM Sungai Buloh dari rawang. Itu pun nasib aku baik sebab maxis buat application Call Me Back.

Conclusion is, walaupun cuma sekupang tetapi ianya berharga

3 comments:

gadis oren said...

dari sekupang la ianya akan jadi bekupang2 , huhuhuhu . hargai la .

Yuu Hidayu said...

yerr.. Ceritasekupang memang berharga .. =P

Aboy93 said...

Title yg penting tu. :) CeritaSekupang

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...