"Setiap airmata yang mengalir mampu menghilangkan rasa tertekan"

Gula-Gula Klasik

Assalamualaikum dan selamat pagi semua,
Wah, update dua post dalam satu hari, pastu sunyi. Ekekeke, orang kata, selagi ada waktu lah sumbat apa yang boleh. Ok, tadi aku dalam kebosanan sebab bangun pagi tak tahu nak buat apa lalu aku pun godek2 mukabuku sambil ditemani dengan iringan musik dari youtube. Dalam aku godek2 mukabuku tu tiba aku ternampak gambar tablet susu bento.

Tau tak tablet susu bento tu macam mane?? Ala, yang kita suka makan dulu2. HAHA..
ni koleksi makanan yang aku suka makan dulu, tak banyak mane pun.. :)
ihsan dari google image



















Ha.. atas ni lah tablet susu bento?
sedap tak??
rasanya memang confirm sampai ke anak tekak.














yang ini pulak ada dalam filem Ngankung. ha.. masa dia orang tu pergi ngangkung. :)


















yang ni pun favourite jugak ni, wah. dalam ni biasa ada mainan, semua terpengaruh dengan iklan dia. Dalam iklan, mainannya bukan main hebat lagi. hehehe

















Yang ni chewing gum. Biasanya orang beli ni sebab nak kumpul sticker. Hehe.
teringat kan zaman sekolah2 dulu??

saiful ikhsan
9.24am
1hb/april/2012

Read more...

Banyak betul kemalangan di sana sini

Assalamualaikum dan selamat tengah malam semua,

Alkisahnya begini, semalam aku keluar dengan kawan2 aku, kononnya nak saja nak lepak dengan kawan-kawan, almaklumlah, nak dekat cuti sem. mesti nak tinggalkan kenangan terindah sebelum bercuti panjang.

dari Unisel Bestari Jaya aku ke Rawang untuk berkaraoke, dan selepas itu aku terus menghala ke kuala lumpur atau nama Glamourrrr nya KeyEll. :)
ok, kali ni aku bukan nak cerita apa yang aku buat tapi aku nak cerita apa yang aku nampak.
aku menghala ke Dataran Merdeka, dan aku jalan mula bergerak perlahan.

yes! betul jangkaan aku, Kemalangan. aku tak tahu bagai mana keadaan mangsa, kejadian ni berlaku di persimpangan antara masuk datarang merdeka kiri dan kanan naik flyover.
kemalangan tu melibatkan sebuah kancil dimana kancil tu pun aku tak tahu nak cakap macam mana. dia dah transform jadi viva. mcm mana dia eksiden aku tak tahu yang pasti kereta tu dah menghala ke arah songsang.

andthen masa aku on the way balik, nampak lagi satu kemalangan, kali ni melibatkan sebuah kereta viva, betul2 disebelah kubur cina jalan on the way menghala sungai buloh. viva ni pun dalam keadaan hampir 40% hilang bentuk, kelihatan seperti dipotong menggunakan chainsaw, dengan tayar2 hilang.

wah, itu yang aku nampak, belum cerita lagi yang aku tak nampak?? kenapa ni? kenapa banyak betul kemalangan kat kawasan sekitar aku??



saiful ikhsan
4/jan/2012
2.52AM

Read more...

Letak banner percuma Di Blog Aboy93!!









Apa kene mengena image diatas? Tak ada kene mengena pun. :)
Nak letak Banner??

Syarat-Syarat :
  1. Size Banner 125x125
  2. Banner itu tidak mengadungi Image yang melampau.
  3. Banner dalam Format png,gif atau jpg. Flash tidak boleh.
Caranya :

  1. Buat entry ucapan terima kasih. (haha, tak perlu pun)
  2. Tinggalkan Link Banner dan link Anda di ruangan komen ( Yang ni Wajib )
  3. Itu sahaja.. (^,^)
*setakat ni aku keluarkan ruang untuk 12 banner je, Kalau banyak sambutan aku akan tukar-tukarkan , adil kan?
*jangan lah mengharap kan trafik yang tinggi kat blog aku ni seandainya korang meletakkan banner kat blog aku. Blog aku tak banyak trafik pun (^,^)

Read more...

Ciri-Ciri Lelaki yang baik untuk dijadikan suami

bokeh Pictures, Images and Photos

Assalamualaikum, Selamat pagi semua?? apa khabar? :)
Hari ni aku nak kongsikan ciri-ciri lrlaki yang baik untuk dijadikan suami yang dipetik dari Sjiehan.com :-

1. Kuat amalan agamanya. Menjaga solat fardhu, kerap berjemaah dan solat pada awal waktu. Auratnya juga sentiasa dipelihara dan memakai pakaian yang sopan. Sifat ini boleh dilihat terutama sewaktu bersukan.
Maka boleh tgk la calon suami awak ni tutup aurat ke tidak semasa bersukan.. :)

2. Akhlaknya baik, iaitu seorang yang nampak tegas, tetapi sebenarnya seorang yang lembut dan mudah bertolak ansur. Pertuturannya juga mesti sopan, melambangkan peribadi dan hatinya yang mulia.

3. Tegas mempertahankan maruahnya. Tidak berkunjung ke tempat-tempat yang boleh menjatuhkan kredibilitinya.

4. Amanah, tidak mengabaikan tugas yang diberikan dan tidak menyalahgunakan kuasa dan kedudukan.

5. Tidak boros, tetapi tidak kedekut. Tahu membelanjakan wang dengan bijaksana.
Menjaga mata dengan tidak melihat perempuan lain yang lalu lalang ketika sedang bercakap-cakap.

6. Pergaulan yang terbatas, tidak mengamalkan cara hidup bebas walaupun dia tahu dirinya mampu berbuat demikian.

7.Mempunyai rakan pergaulan yang baik. Rakan pergaulan seseorang itu biasanya sama.
Bertanggungjawab. Lihatlah dia dengan keluarga dan ibu bapanya.
Wajah yang tenang, tidak kira semasa bercakap atau membuat kerja atau masa kecemasan.

Alhamdulilah sekiranya calon2 suami korang ni mepunyai ciri-ciri seperti di atas.. :)


Read more...

Final Project Oh Final Project

Assalamualaikum,
selama beberapa minggu ni seriously aku cakap aku sibuk dengan final project mengenai adobe Flash..
Aku baru first time pakai Adobe Flash nThen tibe2 kena buat animation yang ada jalan cerita.
Antara benda yang dia nak ialah..

1. StoryBoard
2. Animation Movie.
3. File Dalam Fla

Aku ditugaskan untuk membuat animation, manakala sound effect sahabat ku, Irdy Ismahady yang buatkan.
Arh, berbulu jugak aku macam mane nak buat..
nampak ringkas, tapi ternyata agak susah bagi yang baru merangkak seperti aku.
Aku mengambil masa 2 minggu untuk mencipta animation sebanyak 360 frames..
Lama jugak lah, tu campur yang rehat, skip , semua la.. :)
Kalau campur tolak semua sekali seminggu je pun..
Haha..
Semalam, time edy untuk buat sound effect..
pukul 2 pagi dia datang rumah aku..
siap banyak dia punya lagu2 untuk dijadikan sound effect..
pukul 6 dah siap?!
What!! 3jam jer??
HAHA..
tapi aku tidak mengambil kisah atas perkara itu dan apa yang penting??
Inilah hasilnya..





Read more...

Berkaraoke di gombak

Assalamualaikum,
Lama sudah aku menyepi..
Semenjak bertukar menjadi mahasiswa ni, memang aku tidak meluangkan masa dalam blogging..
yelah, mana nak bahagi kan masa dengan blog, tidur, study, kawan, dan macam2 lagi..
Minggu ni aku dah final.. Doakan aku cemerlang..
hehehe..
Ok dah, cukup aku berleter panjang..
aku nak cerita yang minggu lepas aku karaoke dekat Bazaar Larut Malam, Gombak..
Dah kawan aku cabar-cabar aku..
aku pun apa lagi.. Pantang dicabar..
HAHA... dan ini lah hasil nya.. :)
Suatu hari nanti, mungkin ia akan menjadi kenangan yang terindah.. :)


Read more...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...