"Setiap airmata yang mengalir mampu menghilangkan rasa tertekan"

OpeN houSe UNtuk HousemAte! :)

Salam,

semasa aku berada dalam kelapangan masa untuk menulis ni, aku nak menceritakan tentang perkara yang amat menarik berlaku pada semalam(07 september 2011).
Haha..
Setelah sekian nak dekat sebulan aku duduk di rumah ni, ini adalah pengalam pertama kami untuk memasak. itu pun setelah aku membawa periuk nasi dan beras.
saat ini Qhairiel nak masak sardin dan antara bahan-bahan nya ialah :-
  1. air
  2. satu tin sardin
  3. 3 biji bawang
  4. 2 biji limau purut
  5. kicap
  6. periuk nasi
  7. gunting
ok, mula-mula sekali kita orang dah agak bengong macam mana nak potong bawang dengan gunting. Namun dengan bakat kesenian pada diri kami, bawang itu dapat dipotong dengan gunting.
dah potong bawang tiba-tiba sekali lagi Qhairiel mengeluarkan satu persoalan.
macam mana nak potong masak kalau tiada minyak masak?
HahA!
jadi hasil nya,
Qhairiel memasak sardin itu dengan hanya menggunakan air panas.
dan cara-caranya ialah :-

  1. masak air paip sehingga suhu mencecah 100'c
  2. tuangkan satu tin sardin kedalam mangkuk dan asingkan ikannya.
  3. masukkan kicap lemak manis kipas udang secukup rasa.
  4. masukkan bawang dan kacau sehingga sebati
  5. setelah sebati masukkan ikan dan tuang air panas kedalam mangkuk itu tadi dan kacau sehingga betul-betul sebati
HaHa!
sebenar-benarnya rasanya sama seperti sardin di atas periuk.
marvelous!
terima kasih kepada Qhairil Dan Izzat kerana sudi buat open house untuk housemate.
anggaran beras yang dihabiskan pada hari itu :

4 Cawan Beras
makan 4 orang.
amacam? berselera tak?

sekian..
=)

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...