"Setiap airmata yang mengalir mampu menghilangkan rasa tertekan"

Hidup Ini Ibarat Roda

hidup ini ibarat roda..

perpusing mengikut kitaran bumi..
sepertimana semua tahu..
kadangkala tahi di roda berada diatas..
dan kadang kala berada dibawah..
kita ibarat jalan..
kadang kala permukaan tayar bersih..
dan kadangkala permukaan tayar kotor...

Kadangkala kita dilemparkan dengan senyuman..
kadangkala kita dilemparkan dengan tangisan..
apa sahaja yang berlaku..
kita tetap perlu terima..

apa sahaja yang berlaku..
kita mesti ingat tuhan yang maha esa..
tuhan yang sentiasa bersama kita..
ALLAH SUBHANAWATA'ALA
berdoalah kepadanya..
ALLAH MAHA MENDENGAR..
bersujudlah padanya..
ALLAH MAHA PENGASIH..

seperti aku..
kadangkala aku tersenyum bersama teman..
yang ku ingat dianugerahkan dari Allah..
untuk menemani aku disini..
aku ingat doa ku termakbul..
untuk tidak sunyi disini..
tetapi aku lupa akan ujian..
yang Allah berikan pada kita..
ujian tidak semestinya kesusahan..
kadangkala ujian datang dengan kesenangan..
dan sekelip mata ia pergi meninggalkan..
dan kita hanya terkapai-kapai disini..
menjadi nisan yang kaku..

ujian demi ujian mendatang..
aku tetap tabah..
menghadapi ujian mu Ya Allah..
diselitkan dengan senyuman..
apa yang berlaku..
aku tetap tersenyum....

itu prinsip aku..
biar apa yang berlaku..
tiada siapa yang akan mengetahui..




No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...