"Setiap airmata yang mengalir mampu menghilangkan rasa tertekan"

Diari penceria hari.

SELASA, 23HB OGOS 2011

6.30PM : Petang yang amat membosankan bagi diriku. Bosan, bosan, bosan. Hanya itu yang bermain di fikiranku. Saat ketika sedang kebosanan, Qhairil mengajak aku keluar bersama Nisa, Sha, dan Raziq. Hmmm, dan aku pun terus mengajak ijat kerana dia ada kereta namun pelbagai alasan yang diberikan oleh ijat. Tanpa segan dan silu aku pun terus meminta tolong Hana untuk memancing ijat keluar pada malam ini. Memancing dan terus memancing akhirnya Ijat kalah dengan Hana dan bersetuju untuk join kami pada malam ini. Kami merancang untuk berumpul di dewan biru pada pukul 8PM. Perasaan excited mula menguasai diri masing-masing. Aku dan Qhairil dengan pantas menyediakan fotostat IC dan Lesen untuk diberikan kepada Nisa untuk menyewa kereta. J

8.00PM : Baru hendak bersiap. Biasalah, tunggu Qhairil mandi. Sementara menunggu Qhairil mandi aku sempat menonton filem The Despicable (kot) manakala si Ijat tuh siap boleh berbuka puasa bersama kawan-kawannya di cafĂ©. Selesai tunggu Qhairil mandi, turn aku pulak untuk mandi, hehehe. Aku mandi kejap jer… Selesai bersiap, Kami bergegas ke Perodua Kenari Milik si Ijat. Pada awalnya, kami ingat kereta yang disewa sudah tersedia di dewan biru, rupa-rupanya belum lagi. Semasa menunggu kereta sewa sampai, 3 batang rokok telah aku hisap sehingga puntung. Masing-masing berteka teki apakah kereta yang disewa oleh Nisa.

9.00PM : Kereta sewa sampai dan teka teki telah dijawab, dan jawapan bagi teka teki ini adalah Perodua kancil. Kecil, Comel, Bergaya dan yang paling penting padat. J, tanpa melengah kan masa, Qhairil terus memandu kereta itu dan aku menumpang kereta Ijat bersama Hana. Rancangan kami seterusnya adalah untuk ke Bintang Gemilang, Rawang untuk berkaraoke. (Rawang jugak). Sampai sahaja di simpang 3 Unisel, Ijat masuk simpang kiri. Tup-tup kereta kancil Qhairil tidak kelihatan. Kami berhenti di bahu jalan dan call Qhairil untuk mendapatkan kepastian, SAH! Qhairil ikut simpang kanan. Mungkin dia teringin main Drift di jalan lama. J. Kami mengharungi jalan menghala Sg. Tengi yang begitu gelap gelita dan amat menyeramkan. Hana mula menunjukkan perasaan takut. Meter Ijat tidak mampu untuk melebihi 80km/h, jika lebih Hana akan bersuara, so untuk mengekalkan kesunyian, meter hendaklah tidak lebih dari 80km/h. Dalam hatiku mula berkata (kalau naik moto aku da sampai da nieh). Demi keselamatan bersama, tidak apa.

9.45PM : Kami mengikuti susur keluar Rawang merentasi susur keluar Bukit Beruntung untuk mengelakkan kesesakan jalan raya. Sampai ni fly over rawang Ijat begitu teragak-agak untuk mengambil simpang dan terus membelok kanan. Keadaan tanpa disangka, (POM) pssssssssssssss.. bunyi angin tayar kiri Ijat amat menusuk telinga Hana. Ya, kami berhenti di deretan kedai untuk kepastian. Pasti dan amat Pasti! , tayar depan kiri ijat kini sedikit pun tiada angin. Kami semak belakang but kereta untuk mencari Spare tyre. Kami mengeluarkan Spare Tyre untuk menukar tayar yang bocor itu. Namun perkara menjadi lucu apabila Spare tyre ada tetapi Jack dan Spanar tiada. Kami memunggah but kereta sewa Qhairil untuk mencari jack dan spanar. Juga melucukan apabila jack nya ada namun spanarnya tiada. (haih, lepas satu-satu masalah.) Mujur si mulut manja Nisa meminta bantuan warga cina yang berada di situ untuk meminjam spanar membuka tayar. Kami bertiga bergabung kudrat untuk membuka tayar itu namun hanya tinggal satu skru tidak mampu untuk kami buka. Sekali lagi bantuan warga cina itu amat diperlukan, dia membantu untuk membuka skru di tayar itu. (die da macm mekanik plak). Tinggal satu skru lagi pula menjadi masalah, skru itu amat ketat. Kami teruskan usaha untuk membuka skru itu sehingga skru itu PATAH. :-D. kini Ijat menggunakan 3 skru di tayar kirinya. Selesai, kami berterima kasih pada warga cina itu.

11.12PM: kami meneruskan perjalan ke Bintang Gemilang Rawang untuk berkaraoke, pada saat ini masing-masing berasa seronok. Mic silih berganti, kalau boleh hendak diberikan mic sorang satu yang berada di situ. Lagu demi lagu dipilih, pelbagai gelagat dapat dilihat. (tak pyh cerite kot) J. Lagu last aku dan Qhairil beraksi. Rock baybeh!! Haha

12.20AM: Selesai berkaraoke, destinasi seterusnya adalah Dataran Merdeka Kuala Lumpur. Kami bertolak kesana melalui jalan Selayang. Seperti biasa, meter kenari ijat tidak boleh melepasi 80km/h. memandangkan kereta Ijat tiada radio, laptop dan speaker kesayangan ku menjadi pemecah suasana suram. Sampai di Kuala Lumpur kereta Qhairil pula ke hadapan untuk menjadi guider perjalanan kerana dia lebih arif mengenai selok belok KL. Sampai sahaja di Dataran Merdeka, kami lepak di mana tempat pergambaran filem sering dijalankan. (kiteorang pun nk photoshoot jugak) di dataran merdeka, kami berjalan sekeliling sambil menangkap gampar. Pelbagai adengan gambar dapat kami tangkap, meloncat, terbang, bergaya, ayu dan berbagai lagi. Di polo club dataran, Hana dating dangan Ijat, Nisa dating dengan Qhairil dan Sha dating dengan Raziq manakala aku pula ditugaskan menjadi photografer biarpun aku tiada tauliah dalam bidang ini. Setelah puas menjelajah Dataran Merdeka, kami mula ingin berjalan ke tempat lain. Tapi kami masih tiddak mengetahui destinasi seterusnya.

1.34AM : Ijat menjadi guider pada ketika ini, ijat membawa kami untung pusing-pusing seluruh KL . Pavilion, KLCC, Bukit Bintang, Puduraya. Kalau boleh semua dia nak pusing. Setelah mengharungi kesesakan Jalan KL, akhirnya di Traffic Light juga timbulnya idea Sha untuk lepak di Ampang One Look Point. Dan ketika ini Qhairil pula menjadi guider.

2.20AM : Indah sungguh permandangan di Ampang One Look Point, disini kami boleh melihat seluruh KL pada watu malam. Lampu-lampu yang amat menyinari suasana malam KL. Aku dan Qhairil menjamah burger Oblong yang dijual disitu manakala yang lain menjamah burger bersama air (air ape pun aku ta tahu). Kami besantai-santai di situ sambil menikmati keindahan alam ciptaan tuhan semesta alam.

4.02AM : Destinasi seterusnya, Extreme Park Shah Alam. Dan Ijat menjadi Guider kali ini kerana Shah Alam adalah kampung halamannya. kami mengikuti lebuhraya Plus dari ampang untuk Shah Alam. Sampai di extreme park Shah Alam, kami bersahur di KFC extreme park Shah Alam. Kami lepak disitu untuk membina muscle-muscle kami. J. Pelbagai gelagat Hana dapat dilihat oleh kami dan ternyata Hana seorang yang amat lasak sehinggakan kami yang agak takut melihat gelagatnya. Saat ketika ini, Nisa juga ingin mencuba bakatnya untuk mendaki dan agak melucukan apabila dia tidak boleh turun dan tidak boleh naik sehingga dibantu oleh Qhairil.

6.50AM : sudah tiba masanya untuk kami pulang, terima kasih pada semua kerana menceriakan malam itu. Ternyata hari itu adalah hari yang terindah bagiku. J





No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...