"Setiap airmata yang mengalir mampu menghilangkan rasa tertekan"

Seluas alam terbentang


Dengan nama tuhan yang maha agung..
Jari jemari terhempas di kekunci..
Meluahkan kemarau melanda jiwa..
kekosongan yang ternyata dirasai..

Kesunyian bukan apa yang ku pinta..
Kerinduan mungkin punca titik asal..
Titis airmata menjadi bukti..
Isi hati yang tiada mengetahui..

Luaran terpahat senyuman..
Di simpulkan dengan tawa..
Menutup dalaman yang kencang..
Agar tiada insan yang merasa tempias..

Begitu luas alam terbentang..
Luas lagi alam semesta...
Begitu syahdu si pembaca..
Lagi syahdu si penulis..

Aku hanya mampu berdoa..
Kepada tuhan yang maha esa..
Agar setiap ujiannya..
Dibalas dengan kebaikan..

Tuhan maha adil..
Tuhan maha mengetahui..
Hanya dia yang mengetahui..
Apa yang terbaik buat hambanya..

Semua sepatutnya tahu...
Tapi ada yang masih berkata-kata..
Bahawa tuhan tidak adil..
Astaghfirullahalazim..

saiful ikhsan
23 julai 2011
cafe unisel






No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...