"Setiap airmata yang mengalir mampu menghilangkan rasa tertekan"

Aku tetap aku


Jari tergerak menulis sesuatu..
Yang tidak diketahui untuk siapa pada siapa..
Perasaan meronta menahan sebak..
Dek kerana kesunyian dijiwa..
Tiada siapa yang akan mengerti..
Maksud mendalam hasil pena..

Aku lihat di sekeliling alam..
Burung berterbangan bebas di awan..
Sepasang bertenggek di atas dahan..
Sepasang bertenggek di atas wayar..
Sungguh gembira mereka bersama..
menikmati nikmat kurniaan tuhan..

Sayup-sayup angin menggoyangkan dahan..
Membuat hati tenang seketika..
Itu lah nikmat tuhan..
yang jarang kita syukuri..

Biar taufan datang melanda..
Biar ribut membelah langit..
aku tetap berdiri disini..
kerana aku tetap aku..

Kerana seluas-alam..
Tiada siapa yang dapat meneka..
apa yang tersirat..
Seperti juga hasil pena..
Tiada siapa akan mengerti..
Kecuali tuhan yang maha esa..


saiful ikhsan
22 julai 2011




Broery Marantika - Biarlah Bulan Bicara

1 comment:

CIK GADIS said...

agak dlm puisi kt atas neyh...dh lma hg x in BCR aboy..mna p ntah..dh xigt kuarga rahmat ka..aku pon mst hg xknl dh.. -CG-

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...