"Setiap airmata yang mengalir mampu menghilangkan rasa tertekan"

Luahan hati V2

Irama lagu mengiringi aku..
Mencipta suatu penuh dengan pujian..
Pujian-pujian kepada ilahi..
Tuhan semesta alam..

Ya Allah..
Sesungguhnya aku hamba mu..
Yang sering melakukan kesilapan..
Yang sering ingkar kepadamu..

Ya Allah..
Kau ampunilah aku..
Sepertimana kau ampunkan insan lain..
Sepertimana bayi yang baru lahir..

Ya Allah..
Aku ingin bertaubat..
Dari segala kisah-kisah silam ku..
Dari segala perkara-perkara mungkar..

Ya Allah..
Kau jauhkanlah aku..
Dari segala perkara-perkara mungkar..
Dari segala perkara-perkara keji..
Dari segala perkara-perkara hina..

Ya Allah..
Ikhlas dari hatiku..
Aku benar-benar ingin bertaubat..
Namun terlalu banyak rintangan yang aku hadapi..

Ya Allah..
Aku ingin bersujud padamu..
Menangis merayu padamu..
Namun aku insan biasa..
Yang sering melakukan dosa..
Yang sering ingkar..





Read more...

Seluas alam terbentang


Dengan nama tuhan yang maha agung..
Jari jemari terhempas di kekunci..
Meluahkan kemarau melanda jiwa..
kekosongan yang ternyata dirasai..

Kesunyian bukan apa yang ku pinta..
Kerinduan mungkin punca titik asal..
Titis airmata menjadi bukti..
Isi hati yang tiada mengetahui..

Luaran terpahat senyuman..
Di simpulkan dengan tawa..
Menutup dalaman yang kencang..
Agar tiada insan yang merasa tempias..

Begitu luas alam terbentang..
Luas lagi alam semesta...
Begitu syahdu si pembaca..
Lagi syahdu si penulis..

Aku hanya mampu berdoa..
Kepada tuhan yang maha esa..
Agar setiap ujiannya..
Dibalas dengan kebaikan..

Tuhan maha adil..
Tuhan maha mengetahui..
Hanya dia yang mengetahui..
Apa yang terbaik buat hambanya..

Semua sepatutnya tahu...
Tapi ada yang masih berkata-kata..
Bahawa tuhan tidak adil..
Astaghfirullahalazim..

saiful ikhsan
23 julai 2011
cafe unisel







Read more...

Aku tetap aku


Jari tergerak menulis sesuatu..
Yang tidak diketahui untuk siapa pada siapa..
Perasaan meronta menahan sebak..
Dek kerana kesunyian dijiwa..
Tiada siapa yang akan mengerti..
Maksud mendalam hasil pena..

Aku lihat di sekeliling alam..
Burung berterbangan bebas di awan..
Sepasang bertenggek di atas dahan..
Sepasang bertenggek di atas wayar..
Sungguh gembira mereka bersama..
menikmati nikmat kurniaan tuhan..

Sayup-sayup angin menggoyangkan dahan..
Membuat hati tenang seketika..
Itu lah nikmat tuhan..
yang jarang kita syukuri..

Biar taufan datang melanda..
Biar ribut membelah langit..
aku tetap berdiri disini..
kerana aku tetap aku..

Kerana seluas-alam..
Tiada siapa yang dapat meneka..
apa yang tersirat..
Seperti juga hasil pena..
Tiada siapa akan mengerti..
Kecuali tuhan yang maha esa..


saiful ikhsan
22 julai 2011




Broery Marantika - Biarlah Bulan Bicara

Read more...

Online di perpustakaan UNiSEL


Assalamualaikum semua..
mulakan bicara dengan senyuman..
:)
Uwargh.. hari ni aku habis kelas pukul 11 am..
agak la mengantuk kelas nya..
btw lepas je klas tu aku teringin nak pergi melawat ke Library unisel ni..
alang2 nak mendaftar id skali...
first time masuk nih..
yewla..
masa orientasi ponteng..
hAha..
kiranya dalam hidup aku, aku jarang masuk library..
kat zaman sekolah je ade..
so aku jadi macam keciwi bila masuk dalam library yang sebesar-besar alam nih..
rasa macam pening kepala pun ada jugak..
library ni di lengkapi dengan WIFI dan cafe..
so ramai di antara pelajar disini datang sebab nak online..
dan bukan baca buku.. hoho
sini jugak ade beberapa pc untuk digunakan oleh para pelajar..
selain itu di library ini juga disediakan cafe untuk pelajar bersantai..
:)
So, tu je yang aku nak berceloteh..
sekian..
wasalam..

Read more...

Kini Berada Di UNiSEL Bestari Jaya


















Salam semu pembaca,
sekian lama blog ini bersawang ditinggal kan oleh ku, kini ku akan kembali.
kalau dulu aku janyalah lepasan SPM dan kini aku sebagai siswa di Unisel kampus bestari jaya.
Pertama kali aku menjejakkan kaki disini adalah pada 9hb julai 2011 aku sungguh terkesima dengan keluasan kampus di bestari jaya ini.
wah! besar siot!
haha
gila!
aku terPAKSA menghadiri sesi orientasi selepas pendaftaran.
pergh..
tertekan gila dengan tekanan2 yang ada..
haha
kami tidur pada 2am dan terpaksa bangun pada pukul 4.30am.
memang tidak cukup tidur la dibuatnya.
namun tekanan ini di kurang kan pada hari keempat ia itu pada slot malam tekad siswa..
malam ni memang BEST gila!
ia seakan-akan konsert berprestij dan bukan nya GIG!
:)
style.
aku rasa aku nak cerita itu sahaja pada ketika ini..
nanti andai ada masa terluang.. aku sambung lagi... :)

salam

Read more...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...