"Setiap airmata yang mengalir mampu menghilangkan rasa tertekan"

Dari Perasaan Turun Ke Papan Kekunci

Aku termenung sejenak,
terfikir sesuatu yang mengisi ruang minda,
yang kadang kala menyentuh perasaan,
terimbas kembali dosa-dosa silam,

Andai aku pergi suatu hari nanti,

seksa kah saat kematian ku?
bagaimanakah keadaan jasad ku?
ada kah al-fatihah akan ku terima?
penuh kah saf ketika solat jenazah didirikan?
adakah orang akan menguruskan jenazahku?
ada kah orang akan tangisi pemergianku?
ada kah orang akan mendoakan diriku?
ada kah orang akan tersenyum tertawa melihat pemergianku?

Andai aku di dalam liang lahad,

mampukah aku menjawab soalan mailakat?
seksakah aku disana?
cukup kah bekalan yang ku bawa?
adakah taubatku diterima?
sempitkah kuburku?
gelapkah kuburku?
adakah orang akan menyirami kuburku?
dengan air yang akan menyejukkan kuburku?
dengan air wangian yang mewangikan kuburku?
dengan tanaman yang akan memberikan zikir padaku,

Andai aku didalam neraka,

mampukah aku menahan seksa?
mampukah aku untuk menelan nanah?
seksakah aku disana?

Andai aku pergi suatu hari nanti,

bagai manakah keadaan keluargaku?
sukakah mereka dengan pemergianku?
mampukah mereka terima pemergianku?

Andai aku pergi suatu hari nanti,

ku harap ada penganti diriku,
ku harap angah dapat menjadi along,
ku harap kudrat angah sekuat along,
ku harap jiwa angah sekuat along,
kuharap angah mampu memimpin adik-adiknya,
seperti mana along memimpin angah.
ku harap rakan-rakanku mengetahui pemergianku,
ku harap tiada tangisan,
ku harap ada orang yang akan menguruskanku,
ku harap mereka menyedekahkan al fatihah terhadap diriku,
ku harap doa akan diterima,

Andai aku sudah tiada,
tiadalah juga senyumanku,
tiadalah juga tawaku,
tiadalah juga tangisan ku,
hanya yang tinggal kenangan sebelum ini..





yang ikhlas,
saiful ikhsan
14 februari 2011
2.18pm

6 comments:

Mr.Kerro said...

insafnye..karang sndiri ke?..bgusnyer...

Siti Safiyyah said...

perghh bagusnye ayat ko ni.. siyes insaf sesaat.. ;)

misS FEeza macho ! said...

T,T
wuu wuu wuu

sedihnyeee nk tisu ...

wuu wuu wuu

T,T

Fariq said...

tetibe sebak lak aku baca.. mentang2 la hatiku ni mmg sensitif.. tapi aku rasa apa yg ko nak sampaikan tu.. dulu aku pun selalu pk psl ni.. cuma tak mampu nak luahkan je.. ermm

latest -
-Slot AkakSiah Di TV Lama #2

cik gadis said...

fuhh!sebak lak aku bca..sirus sedey wei ayt ko..betol2 sedeyh.. :(

esyaz said...

thx sbb ajak akk bc article nie..
pandai adek wat..
:)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...