"Setiap airmata yang mengalir mampu menghilangkan rasa tertekan"

Luahan Hati seorang anak terbuang


Ibu,
mengapakah ini semua terjadi,
apakah dosa along?
mengapa disaat along memerlukan Ibu,
ibu berlalu meninggalkan along,

Ibu,
ibu dengar along menangis,
tapi kenapa ibu pergi?
meninggalkan along sendirian,
sehingga tubuh along menggigil,

Ibu,
Jika benar along berdosa,
Ampunilah dosa-dosa along,
jangan biarkan along begini,
menanggung seksa sendiri,
tanpa seorang pun mendengari,

Ibu,
Along teringin nak jadi seperti yang lain,
dilahirkan dengan kesyukuran,
disambut dengan seruan azan,
diterima dengan senyuman

Ibu,
kenapa along disambut dengan tangisan?
kenapa along dilahirkan bersama serangga,
bersama embun yang memberi bisa pada tubuh,
berbumbungkan langit gelap,
bertikarkan rumput hijau basah,

Ibu,
menyesalkah dengan kehadiran along?
sehingga sanggup buat along seperti ini?
dibuang seperti binatang,
tanpa peri kemanusiaan,
dibiarkan seperti bangkai yang hina,

Ibu,
semasa along terbaring terkapai terseksa,
along terlihat seekor ibu anjing,
menjilat anak-anaknya,
dengan penuh kasih sayang,
lalu anak-anaknya berguling riang,
ternyata mereka bahagia bersama ibunya,

Ibu,
Cuaca semakin sejuk,
hujan pula turun dengan lebat,
along tidak mampu bergerak,
hanya mampu menadah titis-titis hujan itu,
sehingga along menghembuskan nafas terakhir,

Ibu,
Along harap sangat kita dapat berjumpa di syurga,
along doakan ibu bersama dengan ayah,
along doakan ibu kembali ke pangkal jalan,
bersama dengan orang-orang yang diredhai,
dan dikasihi oleh Allah


















Read more...

Dari Perasaan Turun Ke Papan Kekunci

Aku termenung sejenak,
terfikir sesuatu yang mengisi ruang minda,
yang kadang kala menyentuh perasaan,
terimbas kembali dosa-dosa silam,

Andai aku pergi suatu hari nanti,

seksa kah saat kematian ku?
bagaimanakah keadaan jasad ku?
ada kah al-fatihah akan ku terima?
penuh kah saf ketika solat jenazah didirikan?
adakah orang akan menguruskan jenazahku?
ada kah orang akan tangisi pemergianku?
ada kah orang akan mendoakan diriku?
ada kah orang akan tersenyum tertawa melihat pemergianku?

Andai aku di dalam liang lahad,

mampukah aku menjawab soalan mailakat?
seksakah aku disana?
cukup kah bekalan yang ku bawa?
adakah taubatku diterima?
sempitkah kuburku?
gelapkah kuburku?
adakah orang akan menyirami kuburku?
dengan air yang akan menyejukkan kuburku?
dengan air wangian yang mewangikan kuburku?
dengan tanaman yang akan memberikan zikir padaku,

Andai aku didalam neraka,

mampukah aku menahan seksa?
mampukah aku untuk menelan nanah?
seksakah aku disana?

Andai aku pergi suatu hari nanti,

bagai manakah keadaan keluargaku?
sukakah mereka dengan pemergianku?
mampukah mereka terima pemergianku?

Andai aku pergi suatu hari nanti,

ku harap ada penganti diriku,
ku harap angah dapat menjadi along,
ku harap kudrat angah sekuat along,
ku harap jiwa angah sekuat along,
kuharap angah mampu memimpin adik-adiknya,
seperti mana along memimpin angah.
ku harap rakan-rakanku mengetahui pemergianku,
ku harap tiada tangisan,
ku harap ada orang yang akan menguruskanku,
ku harap mereka menyedekahkan al fatihah terhadap diriku,
ku harap doa akan diterima,

Andai aku sudah tiada,
tiadalah juga senyumanku,
tiadalah juga tawaku,
tiadalah juga tangisan ku,
hanya yang tinggal kenangan sebelum ini..





yang ikhlas,
saiful ikhsan
14 februari 2011
2.18pm

Read more...

Orang Tamak Selalu Rugi???????


Salam semua... Sekian lama aku tak update blog ini, kelihatan blog ini semakin bersawang..
hehe.. =)
tapi takpelah, asalkan aku mampu untuk teruskan jua dunia blogging ini tanpa ada rasa putus asa..
Mesti korang pernah dengar pepatah menyatakan bahawa orang tamak selalu rugi?
hehehe.. disini aku bukan hendak menafikan pepatah ini cuma ku ingin berkongsi satu pepatah baru..
Orang Tamak Selalu Untung,
Orang Bodoh Selalu Rugi?

Haaaaaaaaa....
mcm ni cerita nya, andai ada satu pemandu teksi sapu ini, dia seorang yang tamak..
teksi dia boleh muat 4 orang penumpang, satu penumpang dikenakan RM3, tapi kalau dia tamak dia boleh muatkan 5 orang penumpang, kat sini dia dah untung lagi satu penumpang??
haha..
Betol kan?
dan bila teksi dia da bawak lebih penumpang,tapi dia bodoh, kebodohan nya terserlah apabili berlaku satu situasi dimana ada polis dihadapan tapi dia redah jugak polis tuh, taknak ikot laluan lain, so dia akan mengalami kerugian dalam saman yang diterima.
maka ini lah yang dikatakan orang bodoh selalu rugi..
=)

Disebabkan ini, ramai warganegara Malaysia bersikap tamak, tengok macam segelintir pemandu bas? bas da padat masih lagi mengambil penumpang?
well.. orang tamak kan selalu untung?? =)



Read more...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...